BiLA banGun Di PaGi hARi

Assalamu'alaikum wbt...

sedikit muhasabah buat kita... BILA DIRI BANGUN DI PAGI HARI....

Bila diri bangun di pagi hari ...
Titipkanlah rasa syukur di hatimu kepada Allah ...
ya Allah, terima kasih kerana menghidupkan lagi aku hari ini.
Lantas ucapkanlah doa warisan Junjunganmu SAW; “segala puji bagi Mu ya Allah yg masih menghidupkan aku selepas kematianku dan hanya kepada Mu tempat aku kembali ..."

Bila diri bangun di pagi hari...

Bangkitlah dengan rasa kerdilnya diri kepada Allah ...
dengan izinNya engkau mampu bangun untuk meneruskan lagi kehidupan.
Sucikanlah hati dan zahir dirimu dengan berwuduk...
rebutlah peluang di akhir sepertiga malam untuk sujud kepadaNya ....
meraih kasih jua rahmatNya ...
moga dipimpin hidupmu di dunia.

Bila azan bermandang...

Bersegeralah wahai diri ...
tunaikanlah kewajipanmu...
hadapkanlah diri beserta hatimu kepadaNya...
dengan penuh rasa kerdilnya diri, lemahnya diri ini ya Allah....
sedarilah hakikat dirimu sebagai hambaNya ...
dan ketahuilah sesungguhnya solatmu di pagi ini disaksikan oleh para malaikat.

Lalu di sujud yang terakhir, mohonlah kepada Allah ...

semoga dosa-dosamu diampun olehNya ,
semoga hatimu tidak akan goyah dengan dunia.

Mintalah kekuatan kepada Allah utk menghadapi hidup seharian ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepadaNya,
moga bertambah sifat kehambaan dalam dirimu ...
moga kan bersinar cahaya imanmu.

Bisikkanlah jua di hati nuranimu ...

Rasa pengharapan agar diberi nusrah dalam menjaga kewajipanmu ...
bersegera dalam menunaikan solat
beserta rasa khusyuk dan takut kepadaNya semata ...
dimudahkan dalam melakukan amal soleh sebagai bekalmu apabila tiba hari pertemuan denganNya di akhirat nanti.


Mohonlah perlindunganNya

agar dijauhkan dirimu daripada hasutan dan bisikan syaitan laknatullah,
kejahatan manusia yg tidak beriman dan keburukan sifat mereka yang munafik...
dan merintahlah lagi kepada Allah...
berilah kekuatan kepada dirimu dalam melakukan amal bakti terhadap orang tuamu dan kaum kerabatmu,
moga terpelihara lidah jua tanganmu daripada menyakiti hamba-hambaNya ....

dan mintalah kepadanya hati yang cekal dan tabah ...
moga kuat semangatmu dalam bermujahadah ..
moga tidak luntur roh perjuanganmu dalam membela agamaNya…

Dan insafilah wahai diri...

tidak ada yang lebih berharga selain daripada redhaNya, tidak ada yang lebih bahagia selain daripada cintaNya
dan tidak ada yang lebih bermakna dalam kehidupan di dunia ini selain hidayah jua pimpinanNya ...


Sekian.


" TAQARRUB ILALLAH PENYELESAI SEGALANYA..."



-S/U-

suggest kan ...

ape2 aktiviti spnjang taun2 anda kpd kami..
insyaALLAH dpertimbg kn..

psyco..

akan bmula pd ahad mgu dpn..
tmpt:hall A
waktu:8-10pg

yr2..

Subjek Tarikh Hari Masa
Physiology 19.11.09 11.30 Pagi
Anatomy 21.11.09 11.30pg
Biochemistry 22.11.09 11.30 Pg
Histology 23.11.09 11.30 Pg


Sedikit maklumat untuk semua :

• Peperiksaan berkala seperti ini akan diadakan 3 kali setahun
• Peperiksaan pertama akan dilakukan pada bulan November 2009 (mengikut jadual diatas)
• Peperiksaan ke-2 pula akan berlangsung pada bulan Januari 2009
• Peperiksaan ke-3 akan berlangsung pada akhir bulan Mac 2009

yr1..

Subjek Tarikh Hari Masa
Physiology 19.11.09 10 Pagi
Anatomy 21.11.09 10 Pagi
Histology 22.11.09 10 Pagi
Biochemistry 23.11.09 10 Pagi


Sedikit maklumat untuk semua :

• Peperiksaan berkala seperti ini akan diadakan 3 kali setahun
• Peperiksaan pertama akan dilakukan pada bulan November 2009 (mengikut jadual diatas)
• Peperiksaan ke-2 pula akan berlangsung pada bulan Januari 2009
• Peperiksaan ke-3 akan berlangsung pada akhir bulan Mac 2009