ONE DAY TRIP TO GIZA > details


Berikut adalah maklumat perjalanan serta perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh mahasiswa/wi yang telah mendaftar :

TARIKH : 7 JANUARI 2011 (Jumaat)
MASA BERKUMPUL : 6.30 pagi (sila datang awal)
TEMPAT BERKUMPUL : Hadapan Shuun Tullan (sekitar Friends Cafe)
TEMPAT-TEMPAT YANG AKAN DILAWATI :

- Pyramids
- Pheonic Museum (Tahrir Square)
- Pheonic Village
- City Star (malam, sebelum pulang ke Mansurah)

p/s : harap maaf, tentatif penuh bersama masa secara teperinci tidak dapat dinyatakan.

AKTIVITI SAMPINGAN : mahasiswa/wi digalakkan utk membawa makanan sampingan utk aktiviti POTLUCK

PENTING!!!
SETIAP MAHASISWA/WI WAJIB MENYIAPKAN 2 SALINAN MUKA DEPAN PASSPORT DAN SETIAP SALINAN MUKASURAT VISA YANG BERCETAK.

Satu salinan perlu diserahkan kepada ketua/timb mulai esok (05.01.2011) dan satu lagi salinan hendaklah sentiasa dibawa sepanjang perjalanan. Passport asli adalah tidak dinasihatkan untuk dibawa bersama.

- Makanan tengahari, bayaran untuk masuk ke tempat lawatan dan kemudahan bas adalah termasuk di dalam pakej.

- Semua mahasiswa/wi hendaklah berpakaian sopan dan kemas. Bawa bersama kelengkapan solat masing-masing terutamanya bagi mahasiswa yang akan bersembahyang Jumaat di masjid.

- Sediakan wang tambahan secukupnya mengikut keperluan masing-masing bagi perbelanjaan sampingan seperti cenderamata, penunggangan unta di sekitar pyramids, makan malam dan lain2.

- Bagi mahasiswa/wi yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma,demam dll, sila bawa kelengkapan perubatan masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga.

- Minta kerjasama semua untuk menjaga adab dan pergaulan masing-masing sebagai seorang muslim/muslimah dan sentiasa berperilaku baik seperti seorang rakyat Malaysia sepanjang perjalanan lawatan ini. Berjalanlah di dalam kumpulan yang besar dan pastikan anda prihatin dengan keselamatan diri masing-masing dan rakan-rakan anda di dalam kumpulan masing2. 

- Sila tepati setiap masa yang telah ditetapkan terutamanya masa berkumpul di Universiti supaya perjalanan kita berjalan dengan lancar.

- Sebarang masalah atau aduan sepanjang perjalanan, sila hubungi ketua (muhsin 0114721771) atau timbalan (najib 0119948531). (Simpan nombor ni ye)

- Akhir kata, SELAMAT BERCUTI walau hanya untuk sehari. Semoga percutian yang sehari ini dapat menenangkan diri anda dan memberikan anda semangat yang lebih berkobar-kobar untuk terukan perjuangan menghadapi MIDTERM EXAM. Berseronoklah seadanya dan berpada-pada. :)

CHECKLIST barang yang perlu dibawa:

- Salinan muka depan passport dan semua mukasurat visa bercetak
- Kernih (Kad pelajar) (tahun2 / tahun3)
- Potluck masing2
- Duit tambahan mengikut keperluan masing2
- Air secukupnya mengikut keperluan masing2
- Kelengkapan solat
- Kelengkapan perubatan (jika perlu)
- Buku Medik (sambil2 jalan, exam midterm jangan dilupa yeee)


Sebarang masalah/keraguan sila hubungi:
ketua/timbalan

netball tournament


p/s: There'll be 2 teams representing our batch in this tournament. Let's gather and support them altogether!

Meet the Expert II

Princess Hour

Pengumuman Hari Ini [5]

Perhatian kepada semua mahasiswa/wi, sila ambil perhatian terhadap beberapa pengumuman berikut.


1. Pada 1 Januari 2011 (Sabtu) ini, kuliah akan berjalan seperti biasa. Tiada cuti tahun baru untuk semua mahasiswa/wi.


2. Semua mahasiswa/wi tahun 3 boleh mula mendapatkan buku MCQ Microbiology daripada Maktabah Ataa' di Syarik Jihan. 70% daripada soalan peperiksaan akan datang adalah daripada buku ini. Buku adalah TIDAK percuma.


3. Kelas revision Pharmacology pada esok hari akan berjalan seperti biasa pada pukul 8.00-9.00 pagi. Sekiranya Dr Manal tidak dapat hadir atas masalah kesihatan beliau, Dr Hisham akan masuk untuk mengajar topik Angina. Dr Manal akan menyambung topik Hypertension untuk kelas seterusnya.


4. Virtual Lab minggu ini adalah seperti berikut;


Group 11:  No. 1-50 (Selasa, 28/12/2010, 9.00-10.30 pagi)
                  No. 51-66 (Khamis, 30/12/2010, 1.30-3.00 petang)


Group 12: No. 1-50 (Selasa, 28/12/2010, 10.30-12.00 pagi)
                 No. 51-69 (Rabu, 29/12/2010, 10.30-12.00 pagi)