Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Malam ini, kita semua adalah Misri!

“Alhamdulillah….!”
Bersujud syukur setiap hamba Allah yang menghargai sebuah keadilan.
Keadilan yang menjadi tunggak sesebuah kuasa. Mengkhianatinya akan mengheret kejatuhan sebagai hukum Alam sebelum hukum Agama.
Tanggal bersejarah 11 Februari ’11, Omar Suleiman membuat pengumuman perletakan jawatan Presiden Republik Arab Mesir keempat, Muhammad Hosni Sayyid Mubarak selepas tiga dekad pemerintahannya.
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” [Aal 'Imraan 3: 26]
18 hari rakyat Mesir berhimpun di Dataran Merdeka Kaherah, tegas dengan satu tuntutan.
Pelbagai insentif ditawarkan oleh Hosni Mubarak, memecat kabinet dan melantik Perdana Menteri yang baru, malah buat pertama kalinya mewujudkan jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh anak didik CIA kesayangannya, Omar Suleiman, segalanya ditolak dengan aman oleh seluruh rakyat. Mereka hanya mahukan satu.
Hosni Mubarak meletakkan jawatan!
Tidak berganjak walaupun sedikit, selepas buat pertama kalinya umat Islam di Mesir bersolat Jumaat dengan 2 juta makmum dan satu imam, malam yang bersejarah ini, melaporkan bahawa Hosni Mubarak meninggalkan Kaherah dan beredar ke Sharm Sheikh di Sinai, dan Omar Suleiman mengumumkan perletakan jawatan Taghut besar itu.
Moga tertebus kepedihan yang ditanggung oleh rakyat yang diseksa.
Moga terubat tahanan-tahanan pendapat (prisoners of opinion) di penjara Mesir.
Moga sembuh al-Azhar daripada campur tangan regim.
Moga terbuka jalan pulang Sheikh Yusuf al-Qaradhawi ke bumi Kinanah.
Moga terawat kerinduan Sheikh Kamal Helbawi yang lama berkelana di bumi Eropah.
Moga sirna kepungan derita umat di Gaza dan Palestin.
Moga bermakna 12 Februari 2011 pada mengenang terbunuhnya pengasas al-Ikhwan al-Muslimin, Hassan al-Banna pada 12 Februari 1949.
Segalanya, ameen untuk semua itu!
TELADAN REVOLUSI TUNISIA
Mesir mengambil teladan yang amat penting daripada mesej yang dilontarkan oleh Revolusi Tunisia.
Sheikh Rashid Ghanushi, pemimpin al-Nahdhah yang kembali ke tanah air selepas 20 tahun dalam buangan, memberikan pendapat bahawa sebuah revolusi rakyat tidak boleh berlaku jika ada mana-mana parti yang cuba mendominasinya dengan slogan masing-masing. Seluruh rakyat mesti bersatu pada menuntut pengunduran regim zalim yang memerintah. Ia mesti bersifat gerakan rakyat. Bukan an-Nahdhah, bukan mana-mana parti.
Itulah wajah Revolusi Mesir.
Ia tidak didominasi oleh mana-mana parti, tidak juga oleh mana-mana pemimpin pembangkang.
Ia benar-benar sarat membawa kehendak seluruh rakyat yang menderita membayar 7 Pound untuk sebotol susu, ketika Presiden menghimpun harta mencecah USD70 billion, biar pun dia hanya manusia biasa yang kapasitinya mampu makan sekeping roti setiap pagi. Rakus, tamak dan kejam, rakyat sudah memainkan peranannya.
Al-Ikhwan al-Muslimun tidak bersikap simplistik pada membayangkan perjuangannya sebagai pengisi kekosongan yang berjaya diperolehi.
Mohamed Mustafa El-Baradei juga tidak memposisikan dirinya sebagai pemimpin rakyat Mesir pasca pengunduran Hosni Mubarak.
Justeru apakah masa depan Mesir?
MANUSIA YANG AMAN
Richard Mitchell di dalam bukunya The Society of Muslim Brothers membuat sedikit analisa menarik berkaitan dengan tabiat rakyat Mesir.
Pembunuhan Anwar El-Sadat pada 6 Oktober 1981 menggemparkan seluruh negara. Namun unik sekali, kejadian itu tidak mencetuskan revolusi. Apa yang menyusul kematian Anwar Sadat adalah sesuatu yang sangat aman. Yayasan-yayasan Islam terbentuk, ramai rakyat mula mendefinisikan jati dirinya sebagai Muslim dan Islamic Activism berkembang. Rakyat Mesir di peringkat marhaen yang terkenal dengan sifat agresif mereka, sebaliknya adalah rakyat yang komited dengan langkah-langkah aman untuk membentuk perubahan di negara yang diperintah secara hukum darurat oleh Hosni Mubarak ekoran pembunuhan Anwar El-Sadat itu.
Rakyat Mesir adalah rakyat yang komited dengan keamanan.
Inilah juga contoh yang ditunjukkan oleh demonstrasi aman jutaan penduduk Kaherah di Dataran Merdeka (Tahrir Square).
Biar pun ada usaha provokasi yang dibuat oleh jet-jet yang terbang rendah di awal kebangkitan, orang-orang upahan yang menimbulkan kacau bilau sambil menunggang kuda dan unta, serta 1001 usaha yang dilakukan oleh Hosni Mubarak termasuk usahanya mewujudkan rasa tertekan tertinggi apabila membuat pengumuman pada 10 Februari 2011 bahawa beliau tidak akan berundur, rakyat Mesir bertegas dengan tuntutan yang satu, dan mereka menuntutnya dengan AMAN.
Pastinya hal ini menjadi subjek yang diteliti oleh penduduk seluruh dunia.
Amerika Syarikat dan Eropah yang dilanda ‘Ikhwanphobia’, tidak berhasil setakat ini pada mencari sisi-sisi keganasan yang sering digembar gemburkan.
Islamist bukan pengganas.
Mereka adalah manusia yang berintegriti.
Integriti yang bertunjangkan ajaran yang aman, ISLAM.
Malah imej ganas golongan Islamist itu sendiri adalah projek panjang regim warisan Jamal Abd al-Naser ini.
Semoga Mesir berjaya membentuk kehidupan yang lebih baik selepas pengunduran bersejarah Hosni Mubarak.
Amerika Syarikat memerhati. Regim Zionis memerhati. Eropah memerhati. Seluruh dunia memerhati.
Akan tetapi berpeganglah dengan firman Allah:
“Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman “Jadilah engkau!” Maka ia terus menjadi.” [Yaasin 36: 82]
MUSNAHNYA KUASA MEDIA PERDANA
Namun saya gagal menyembunyikan rasa gembira yang amat sangat secara khusus terhadap Radio Televisyen Mesir.
Media dokongan regim Hosni Mubarak itu yang selama ini bertindak sebagai alat propaganda, menyembunyikan keadaan sebenar Mesir yang bergolak, mempotretkan baik hatinya Hosni Mubarak pada mendahulukan rakyatnya dengan pelbagai reformasi dan insentif serta tidak henti-henti mencela TV Satelit (Al-Jazeera secara khusus), Facebook, Twitter, Blog dan internet sebagai petualang negara yang sengaja menimbulkan salah tanggap masyarakat terhadap kerajaan yang memerintah…
Akhirnya Media itu jugalah yang menjadi platform Omar Suleiman mengumumkan kekalahan Hosni Mubarak!
Jamal Abd al-Naser tumbang oleh ‘racun’.
Anwar El-Sadat tumbang oleh peluru.
Hosni Mubarak tumbang oleh Facebook dan Twitter.
Media Perdana bukan lagi ‘tuhan’ yang menguasai pendapat umum.
Semoga iktibarnya diteladani dengan bijaksana oleh semua.
Malam ini, kita semua adalah Misri!
sumber saifulislam
p/s:cuti sampai bila? : )

TAZKIRAH

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

“Bersempena dengan kedatangan hari sembilan (tasu’a) dan sepuluh (‘asyura) Muharram ini saya mengingatkan para pengunjung sekelian tentang kita semua disunatkan berpuasa pada hari-hari berkenaan. Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut;

Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.


عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
Semoga Allah merahmati kita semua dalam berlumba-lumba mendampingiNya.

SUMBER (disini)

P/S: berlapang dadalah kita semua,terima dengan hati yang terbuka~senyum sokmo

Pesanan Dr. Harlina

Nukilan buat anak-anak bergelar pelajar perubatan (dan ibu bapa mereka juga)
By Dr Harlina on MONDAY, SEPTEMBER 20, 2010

Khusus buat:
Anak-anak yang bergelar pelajar perubatan ( di mana jua anda berada)
¦Ibu dan ayah kepada anak-anak di atas

Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan ( 1986-1991), sudah bergelar doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.


Anak-anakku,
Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.

Harapnya, dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar `Doktor’ dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan karib lain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!

Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen ` Satu Keluarga Seorang Doktor’ lagaknya.

Jangan kalian terkejut nanti – dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui. Perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar. Kalian akan mulai mendengar perkataan ` self-directed learning- SDL’, student-centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.

Pengajar kalian bukan hanya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar pesakit itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.

Yang paling utama, akhlak kalian – menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dgn didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan `A+’ dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.

Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,
Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna – terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan – bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb.. Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.

Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan keinginan dan minat mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka – terutamanya jika mereka akan berhadapan dgn kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan dokonglah mereka sehingga ke akhir nanti – kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!

InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.\

-Dr.Har-

 ......................................................................................................


SEDIKIT BIODATA BELIAU:

Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj

i.JK Pusat IKRAM Malaysia
ii.Naib Presiden (JIM)
iii.Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
iv.Presiden MAMANEH
v.Isteri dan ibu kepada kepada 4 orang anak (seorang telah meninggal dunia)


Nota: Kalau perasan, bagi sesiapa yang mengikuti Program Persediaan ke Mesir 2008 di UKM dulu, terdapat satu kumpulan  semasa melawat HUKM di Jabatan O&G.. Berpeluang berjumpa dengan Dr. Harlina ini yang menyambut dan memberi sedikit nasihat dan penerangan pada hari tersebut. Ada sesiapa yang ingat lagi tak?

Sumber artikel : Facebook

sharing is loving

sebagai cadangan..dalam keaadaan exam nak dekat ni,jgn terlalu byk makan,makan sesuatu yg boleh kuatkan ingtan(madu,dan sebagainya),kurangkan tido,menghafal ketika waktu yg paling sesuai(akhir 1/3 malam,selepas subuh)

lazimi solat tahajjud akhir 1/3 malam(pernah dengar ia boleh menguatkan ingtan),maksimumkan masa stdy(selagi belum masuk waktu tdo selagi tu kne stdy)
jaga hafalan dan pemahaman dengan menjaga hati(jgn wat maksiat,jgn moody,jgn tension,jgn buruk sgka)

semasa stdy,wat nota sendiri,dan amik satu waktu untuk membaca dan ulang sume nota yg telah dibuat setiap hari(untuk mantain apa yg tlh dhafal)

jika mudah lupa itu perkar biasa,otak perlu di asah dengan byk menghafal,lama insyaAllah mdah untuk hafal.dan akhir sekali semestinya jaga hubungn dengan ALLAH..jika manusia dalam keadaan tertekan,emosinya akan gagal dikawal,so masa ni syaitan selalu ambil peluang membisikan dan menghasut..
~hairiezal~



notes;
sharing is loving.
utk memaksimumkan penggunaan blog medicalclick ini, maka dialu-alukan kepada rakan2 batch tahun 2 utk mnyumbangkan apa2 acronym@tips care mudah ingt sesuatu fakta. contoh;-


Pass through superior orbital fissure
LIVE- lacrimal
FREE -frontal
TO - trochlear
SEE- Sup. Occulomotor nerve
NO - nasociliary
INSULT – Inf. Occulomotor nerve
AT- Abducent
ALL- Optic nerve

kredit to-doc gamaah..

just like this..ini namenye SHARING IS LOVING. dan dengan perkongsian ini harapnye dpt membantu sedikit sebanyak kwn2 dlm menghafal...kite nk berjaya,jgn berjaya sorang2...=)

jadi..segala sumbangan anda itu boleh la di emailkan kpd kami-

itunazier.inimuhsein@yahoo.com
wanigurl@yahoo.com

around the corner~~~


Assalamualaikum dan salam ukhuwah. Apa khabar semua?? Saya harap semua sihat-sihat belaka.. =)

Jadual final exam dah keluar..Apakah petandanya?? FINAL EXAM dh DEKAT!!!!! “It’s just around the corner” kata org kampung saya..hehe =)

Alang-alang sebut tentang exam ni,saya nk tanyalah,,apa khabar persiapan kita sekarang?? Agak-agak kakak2 dan abang2 semua,speed kita dh level berapa?? 12km/j?? 50km/j?? 120km/j?? 220km/j?? Sama-samalah kita muhasabah diri balik.. Dalam 6 bulan kita dh berkuliyah ni, dah banyak mana yg kita dh study? Banyak mana yg kita dh betul2 hadam.. Fikir-fikirkan..(muhasabah utk saya dan sahabat2 yg saya kasihi)

Sebenarnya, saya ni x pandai nk tulis2 dlm blog ni.. Tapi, atas permintaan ketua dan penolong batch kita yg sgt2 ambil berat ttg kita smua, saya terima arahan mereka.. Harapan saya, apa yg saya nk sampaikn, difahami oleh sahabat2 semua.. Apa topik yg saya nk kongsi?? Haa....jom baca sampai habis!! =)

Exam dh dekat!! Waaa... Banyaknya x cover lg!! Banyaknya yg x hafal lg!! Yg x faham lg!! Oops... Stop2!! Rileks2 dulu kakak2 dan abang2 sekalian.. Tarik nafas dalam2.. JANGAN PANIK... Ini ‘MAIN KEY’ kita buat masa sekarang.. Walaupun kita rasakan banyak yg perlu difahami dan diingati, jgn sekali-kali panic.. Ini akan mengundang lebih banyak masalah berbanding penyelesaian.. Tiada masalah tanpa penyelesaian.. Ingat tu..

Jadi, apa yg perlu kita buat???

LANGKAH PERTAMA

- Senaraikan semua perkara yg perlu kita lakukan.

- Kenal pasti topik2 mana yg kita rasa susah atau yg belum kita kuasai dan topik2 yg telah dikuasai dgn baik.. Senaraikan.

LANGKAH KEDUA

- Tengok analisa soalan2 past years.. (kalau x silap saya, ketua2 subjek dh sediakan)

- Tengok bab2 yg selalu keluar soalan dan bab2 yg penting.. By hook or by crook, bab2 ini mesti kita kuasai dgn baik sebelum masuk dewan peperiksaan.

LANGKAH KETIGA

- Buat jadual perancangan belajar.

- Agih tajuk2 ini dari sekarang sampai ke seminggu sebelum exam. (jgn ganggu minggu terakhir sebelum exam, sbb minggu ini utk kita buat final revision. Mana-mana bab yg penting, give more effort utk bhgian tu..)

Tapi, sehebat mana pun perancangan kita, yg plg penting untuk menggerakkan semua-semua ini adalah DISIPLIN. Kalau perlu habiskan 2-3 bab dlm seminggu, maka habiskan. Patuhi jadual yg kita dh susun sbb kita sekarang dh kesuntukan masa.

LANGKAH KEEMPAT

- Buat perbincangan dlm kumpulan (study group).

- Pastikan kumpulan ini tidak menjadi group sembang2 kosong. Ambil masa ini utk men’top-up’ balik apa2 yg kita tertinggal sebelum2 ni.. Ini juga salah satu cara utk menghilangkan rasa bosan,mengantuk ketika study.

LANGKAH KELIMA

- Solat. Dulu2 ustaz ckp, solat tu tiang agama.

- Solat juga adlah doa. So, lepas dah penat lelah berusaha, sama2 la meng’angkat’ tangan & memohon doa dari Allah.

- Ingat kawan2!! Kejayaan kita bkn lah 100% dari kita tp dari Allah.

- Nk pulak dekat2 exam ni,jooom2 la kita memperbanyakan solat hajat. Plus la juga dgn yg lain. Istikharah (bkn nk pilih jodoh ek,untk mntk ptolongan dr Allah), tahajud.

Itu saja kot dari saya. Maaf atas kata2 yg mungkin kurg sempurna,mungkin juga ckp x serupa bikin.

Kata2 ini bkn utk kawan2 tp juga utk diri yg serba kurang ni. Sama2 la kita perbaiki & pertingkatkn usaha untk kejayaan bersama. InsyaAllah.

“ Ya Allah Ya Tuhan kami.. Kau perkenankan la doa kami, Kau bantu la kami dlm segala urusan.. Kau permudahkan la urusan kami, pembelajaran kami, rezeki kami.. Ya Allah, bantula kami utk terus berusaha mencari ilmuMu di dunia ini,berusaha dgn gigihnya & mengharap rahmat & keredhaan dariMU.. Ya Allah, kurniakn la kejayaan yg cemerlang kpd kami..

Dr,

KAMI bkn beit kami. J