Banyak sebenarnya. Estrogen,
Testosterone, Phenylethylamine (PEA),
Dopamine,
Noradrenaline, Endorphins, Oxytocin
dan Serotonin hanya sebahagian
daripada kisah cinta ini.
Interaksi bahan-bahan kimia semulajadi
inilah yang menjadikan cinta seperti
cinta yang kita kenali.
Lebih spesifik: Dopamine,
Norepinephrine, dan Serotonin terhasil
pada fasa mengorat dan terpikat..
Oxytocin dan Vasopressin pula
dikaitkan dengan hubungan jangka masa
panjang.. apabila cinta dan kasih
sayang sudah menebal..
Bila mata bertentang mata, lidah kelu
untuk berkata.
Cinta. Cinta lahir dari mata tapi
tidak terus ke hati. Cinta menyimpang
ke
jantung. Jantung menggetarkan ritma
yang luar biasa, diterjemahkan di otak
melalui sistem saraf autonomik
Terhasillah PEA (thanks to Klein
Liebowitz), Dopamine dan
Noradrenaline. Kesemuanya dari
salasilah yang sama dengan
Amphetamine, juga
dikenali sebagai Speed, sejenis dadah
berbahaya.
Kesannya? Hampir sama dengan Speed.
Jantung rasa berdebar, lutut
menggeletar. Air liur meleleh, tak
dapat ketagih. Makan tak lalu, tidur
tak lena. Hidup jadi serba tak kena.
hilang selera makan, peningkatan
stamina (chatting berjam2 tak letih
punya...), perpeluhan, hyperactive,
loya, gatal2 kulit (betolla istilah
menggatal tu), peningkatan kadar
degupan jantung, tekanan darah tinggi,
pening...
kesannya kepada psikologi pula: banyak
cakap, peningkatan konsentrasi dan
confident, peningkatan respon dan
euphoria... tu yg tergelak sorang2
tu...insomnia decrease REM sleep.. tu
yg tidur tk lena..
PEA juga membuatkan seseorang itu
yakin, alert dan berani mencuba
sesuatu yang baru... sbb tu la kita
tgk org mabuk asmara ni sanggup buat
yg pelik2... lari dari rumah, lompat
pagar asrama, sanggup buat apa saja
utk yg dikasih... (konon...)
Tetapi, bila ‘dibuang cinta’,
clash, putus cinta… kesannya amat
parah. Otak serta merta akan berhenti
merembes PEA dan kesannya, sama dengan
penagih Speed yang tak dapat stok…
tak tentu arah, panik, bengong.. boleh
jadi gila... tak mustahil medically...
Cinta. Euphoria, gayat, ketagihan. Di
luar kawalan. Di bawah sedar.
Norepinephrine dan Dopamine sering
dikaitkan dengan romantik.. mana
taknya, ia merupakan desire molecule
antara neurotransitters. ..
Dopamine yang terhasil di kala
bercinta berhubungkait dengan
penghasilan
Oxytocin, sejenis hormon yang
diperlukan oleh ibu-ibu yang
menyusukan. oxytocin kadangkala
digelar 'cuddle chemical'.
Oxytocin dirembes dgn banyak ketika
aktiviti2 aktif seperti Urutan (sbb
tu, urut mengurut ni amat berbahaya
bagi sesiapa yang tanak jatuh cinta...
hati2... dan cakar harimau amat baik
untuk pasangan suami isteri...)..
aktiviti2 lasak dan aktif ketika
dating juga adalah salah satu cara yg
baik utk mengurat... roller coaster
ke, berlarian2, keliling pokok mcm
hindustan tu sume... sume ni oxytocin
punya kerja...
Oxytocin juga mengurangkan perasaan
takut dan meningkatkan kepercayaan. .
tu kualiti penting dalam percintaan.. -
kajian juga menunjukkan oxytocin
melembapkan beberapa fungsi
pembelajaran dan ingatan... hmm tapi
masih boleh dipertikaikan, sbb ada
yang lebih berjaya dalam akademik bila
bercinta..
Kalau tidak hati-hati, Oxytocin
berlebihan akan menimbulkan masalah.
Akibatnya? Bila masing-masing sudah
berkehendak, mulut tidak lagi boleh
berkata tidak. Tangan mula meraba,
mengusap, membelai. I love You, You
love I. Maruah pun tergadai.