Showing posts with label Uncategorized. Show all posts

Tahniah!




From Saiful Aqmal;


Mewakili seluruh ahli MedClick, kami ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada En Amir Aiman Mokhtar serta Cik Nur Shafika Shahruddin atas penerimaan anugerah pelajar cemerlang tahun tiga 2010/2011 daripada Fakulti Perubatan Mansoura University.

Didoakan anda berjaya untuk mengekalkan prestasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih baik pada masa akan datang. Semoga kejayaan anda menjadi inspirasi kepada orang lain.

Segalanya Bermula Di Sini : Kepimpinan Baru Tahun4 Sesi 2011/12

KETUA KELAS SESI 2011/12

Nama : Saiful Aqmal bin Saiful Azhar
Asal : Kuala Kangsar, Perak.
Alamat di Mesir : Syari' Hassan Said


TIMBALAN KETUA KELAS SESI 2011/12


Nama : Nurul Izzati binti Abdullah Zayawi
Asal : Kuala Terengganu, Terengganu.
Alamat di Mesir : Syari' Samanoudi


Pada tanggal 2 November 2011 yang lepas, dengan ini secara rasminya wakil-wakil kelas bagi Sesi 2010/11 telahpun melakukan peralihan kuasa kepada wakil-wakil kelas yang baru setelah dicalonkan dan dilantik secara adil melalui proses pengundian.

Oleh itu, kami, Nazirul Muhsin dan Fathiyah Najib ingin menutup tirai 2010/11 dengan ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada semua mahasiswa/wi yang telah berjaya dengan cemerlang untuk naik ke tahun 4. Semoga tahun ini dan tahun-tahun akan datang akan lebih cemerlang buat kita semua. Semoga ukhwah fillah dan semangat berjuang diantara kita ini akan semakin erat dan tinggi dari hari ke hari.

TAHNIAH juga buat kita semua yang telah berjaya mengharungi perit jerih tahun-tahun teori perubatan selama 3 tahun dengan sangat tabah bersama semangat juang yang tinggi. Dengan daya saing yang sangat positif di kalangan kita, ditambah pula dengan kerjasama yang erat demi membantu antara satu sama lain. Alhamdulillah kita sudahpun berjaya untuk naik satu tingkat lagi dan lebih hampir menuju impian nan satu.

Sekalung TAHNIAH juga diucapkan buat peneraju baru bagi kelas Tahun 4, saudara Saiful Akmal dan saudari Nurul Izzati. Semoga tuhan permudakan segala urusan kalian dan dikurniakan ketabahan serta semangat yang sentiasa berkobar-kobar bagi memajukan ahli-ahli kelas ini. Tuhan sahaja yang mampu membalas khidmat kalian kelak.

Justeru itu, kami mengundurkan diri dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama dan sokongan daripada AJK-AJK lama dan semua mahasiswa/wi sepanjang kami bekerja. Sejuta kemaafan juga dipohonkan sekiranya ada diantara kata-kata yang mengguris hati, sekiranya ada tugas yang tidak selesai atau tidak sempurna dilaksanakan, sekiranya ada kebajikan yang terabai mahupun sekiranya ada mana-mana hal lain yang kami terlepas pandang. Minta dimaafkan dan mohon dihalalkan semuanya.


SELAMAT MENEMPUH ALAM KLINIKAL PERUBATAN TAHUN 4 !!!


Ikhlas dari kami,
Nazirul Muhsin bin Abdul Aziz
Fathiyah Najib binti Fikrey Najib


Garis Panduan Keselamatan KBMK BIL. 1 TAHUN 2011









Petikan Garis Panduan Keselamatan KBMK BIL. 1 TAHUN 2011
[Perkara 2] :

2 . Tindakan Serta Merta

2.1 Setiap warganegara Malaysia ( yang bukan pelajar ) yang berada di Mesir dinasihatkan supaya mendaftarkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah melalui salah satu kaedah berikut ;

   2.1.1. mengisi borang secara online di http://kln.gov.my/web/guest/ekonsular
    atau

   2.1.2 mengirim emel dengan menyertakan butir-butir peribadi dan alamat perhubungan   kepada alamat emel : malcairo@kln.gov.my

   2.1.3 menghubungi nombor telefon (002) 02 3761 0013 ( En Ahmed el Wassiff, Unit   Konsular Kedutaan Besar Malaysia Kaherah ).

2.2 Bagi pelajar Malaysia yang berada di Mesir, sila layari laman web Pejabat Education Malaysia Cairo di www.jpmk.info untuk semakan pendaftaran. Sekiranya belum berdaftar, Borang Peribadi Pelajar boleh dimuat turun dari laman web www.jmpk.info dan hantarkan Borang Peribadi Pelajar yang telah dilengkapkan kepada pejabat Education Malaysia Cairo di alamat emel : datapelajarmesir2011@gmail.com

Sumber: Education Malaysia Egypt dan Perubatan Cawangan Mansurah



Kesimpulan:

1) Kini Mesir sedang diperintah oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera. Sila patuhi perintah berkurung yang ditetapkan mengikut perubahan semasa.

2) Pastikan dokumen pengenalan diri sentiasa dibawa bersama ketika keluar rumah. (Sebaik-baiknya KAD PELAJAR/KERNIH, bukan passport atau kad pengenalan).

3) Hindari kawasan perhimpunan dan kumpulan tunjuk perasaan. Jangan libatkan diri.

4) Mulai 11 Februari 2011, waktu perintah berkurung masih berkuatkuasa SETIAP HARI di SELURUH MESIR dari jam 12tengah malan sehingga 6pagi.

5) Hadkan pergerakan/aktiviti yang tidak berkaitan dengan pengajian pada hari Jumaat.

6) Elakkan dari bersiar-siar pada waktu malan secara berseorangan terutamanya bagi mahasiswa.

7) Sila sentiasa 'update' kan diri dengan sebarang perkembangan pada bila-bila masa.

SSLN atau NOC


gambar diatas adlah contoh sijil salinan luar negara,yg sepatutnya dimiliki anda sbg peljar luar negara.

cara-cara nya:
  1. dptkan borang salinan luar negara,sama ada di laman web kementerian pengajian tinggi atau di pejabat kpt di putrajaya
  2. kemudian borang ini diisi 
  3. dihantar melalui pos atau ke pejabat kpt sndr
  4. urusan selama smggu 
  5. sijil perlu anda sndr mngambil nya di pejabat kpt
sijil ini penting sbg pengesahan bhw anda sbg pelajar luar negara dan telah berdaftar dgn kerajaan msia,dan memudahkn urusan anda selepas bljr kelak.selamat mencuba.sekadar perkongsian bersama-sama.

temu ramah bersama

Nama: Hazim B. Mohd Daud @ Hassan
Tarikh Lahir: 17/03/90
Asal: Kelantan
Cita-cita: Neurologist
Tahun: 2 Conventional
Kata-kata motivasi: ‘Success is the sum of small efforts, repeated day in and day out.


Tips belajar:
  1. Buat past years question. Soalan akan berulang-ulang dan kita akan dapat idea tentang apa yg dimahukan oleh examiner.
  2. Buat formula klau points banyak. Contoh physio tahun 1 APACAS (Regulation of blood pressure)
  3. Lukis gambar untuk belajar anatomy. Contoh lukis blood supply of stomach.
  4. Peta minda berguna bila nak kaitkan mechanism dan reaction
  5. Jangan main game atau tengok movies selagi tak habis ape tengah belajar.
  6. Study group. Belajar seorang diri mudah lupa. Ajar kawan2 amat membantu untuk mengingat
  7. Fahami dengan betul ape yang dipelajari. Rujuk international source. Eg Wikipedia
  8. Selalu jumpa senior2 dan dapatkan confidence dari mereka. Jumpa doctor
  9. Jangan gelabah kalau lupa. Revise kalau tak ingat
  10. Setiap kali peperiksaan pastikan dapat jawab 60% soalan. Lagi banyak lagi bagus.
  11. Pastikan tahu sistem pemarkahan
  12. Target setinggi yang boleh. Mumtaz is a bonus
  13. Kurangkan kegiatan luar seperti aktiviti persatuan kerana membebankan diri ketika minggu peperiksaan.

Pandangan mengenai kempen berkala:
Dapat memberi peringatan kepada pelajar supaya tidak mudah alpa.

Nama: Nur Shafika Shahruddin
Tarikh lahir: 13/08/1990
Asal: Selangor
Tahun pengajian: Tahun 2 Perubatan Konvensional
Motivasi diri: You can do anything that anyone can do, only you can do better
Cita-cita: Pakar bius (anaesthetist)


Cara study

1- Disiplin - atur masa dengan baik

2- The best source of study is your own notes: attractive & colorful, mind mapping

3- Balik dari kuliah terus ulangkaji balik apa yang sudah dipelajari
  • Jangan tangguh-tangguh
  • Jika tidak faham terus tanya doktor atau kawan
4- Tidur secukupnya

5- Konsisten dalam belajar pada setiap hari, sekurang-kurangnya 7 jam sehari (tidak termasuk kuliah)
  • Fahamkan silibus-silibus sebelum ini
  • Jadi, 2 minggu study leave digunakan untuk menghafal sahaja
6- Rehat 5 minit untuk setiap 30 minit semasa belajar

7- Tampal kata-kata motivasi, gambar parent untuk memberi semangat

8- Hafal pada waktu pagi kerana pada waktu pagi otak kita lebih aktif

9- Don’t ever stay up late to study (malam dikhaskan untuk tidur)

10- Different people, different ways of study
  • Do not influenced by people around you (let them with their own way)
  • Kalau tak dapat rentak untuk study, cuba tanya senior-senior
11- Don't over confident

12- Practice make perfect, ulang bacaan sebanyak yang boleh


rujukan: blog PCM

sharing is loving

sebagai cadangan..dalam keaadaan exam nak dekat ni,jgn terlalu byk makan,makan sesuatu yg boleh kuatkan ingtan(madu,dan sebagainya),kurangkan tido,menghafal ketika waktu yg paling sesuai(akhir 1/3 malam,selepas subuh)

lazimi solat tahajjud akhir 1/3 malam(pernah dengar ia boleh menguatkan ingtan),maksimumkan masa stdy(selagi belum masuk waktu tdo selagi tu kne stdy)
jaga hafalan dan pemahaman dengan menjaga hati(jgn wat maksiat,jgn moody,jgn tension,jgn buruk sgka)

semasa stdy,wat nota sendiri,dan amik satu waktu untuk membaca dan ulang sume nota yg telah dibuat setiap hari(untuk mantain apa yg tlh dhafal)

jika mudah lupa itu perkar biasa,otak perlu di asah dengan byk menghafal,lama insyaAllah mdah untuk hafal.dan akhir sekali semestinya jaga hubungn dengan ALLAH..jika manusia dalam keadaan tertekan,emosinya akan gagal dikawal,so masa ni syaitan selalu ambil peluang membisikan dan menghasut..
~hairiezal~



notes;
sharing is loving.
utk memaksimumkan penggunaan blog medicalclick ini, maka dialu-alukan kepada rakan2 batch tahun 2 utk mnyumbangkan apa2 acronym@tips care mudah ingt sesuatu fakta. contoh;-


Pass through superior orbital fissure
LIVE- lacrimal
FREE -frontal
TO - trochlear
SEE- Sup. Occulomotor nerve
NO - nasociliary
INSULT – Inf. Occulomotor nerve
AT- Abducent
ALL- Optic nerve

kredit to-doc gamaah..

just like this..ini namenye SHARING IS LOVING. dan dengan perkongsian ini harapnye dpt membantu sedikit sebanyak kwn2 dlm menghafal...kite nk berjaya,jgn berjaya sorang2...=)

jadi..segala sumbangan anda itu boleh la di emailkan kpd kami-

itunazier.inimuhsein@yahoo.com
wanigurl@yahoo.com

episod pertama...

assets of successful medical school graduates;

assalamualaikum,sume..sihat??
harap2 sihat la ye..nk2 sekarang ni winter kan..
kat sni sy nk share sth kat korg utk dr sy dan kawan2..sy sgt tertarik pd perkara dibwh wpon singkat;-)

assets of successful medical school graduates;

  • innovative
  • pioneering
  • open-minded
  • critical
  • professionalism
  • self-audit
  • sense of pride in work
that's all from me..thanks..
source: how to be a good and successful medical student

salam permulaan...

salam kawan2..ape kabo??kalian..yg sedang cuti tu,same ad kat msia or kat mesir ni kan..hehe..anyway..ni adalah permulaan bagi blog ni..so,sekira nye ad cdgn or teguran silala..jgn malu2..jgn segan2..mai2..email or tglkan komen..kami pembuat ni pon ad salah silap..ad kkurangan..rindu nye kat korg sume..esp,yg dah balik msia kn..so,nk hilang kan rindu tu,sy selaku editor pemula,ltk la gmbr ari tu..yg kt amik tu..ingat x??tema biru..hehe..kalo xingt xda la tu..ok la..skiranye ad xpuas ati ngan gmbr tu..bg la tau..or kalo nk tmbah ape2 ke..hehe..ok ar..editor ni minta dr..jgn lupe selalu la tgk2 iklan2 bau..kat sni..sori kalo sume tgh tgu blog ni..maklum la..editor2 kena pindah2 ni..tenet lagi kan..hehe..

p/s:dr editor..kpd sume ktua2 uma blh la same jayakn blog ni...cam ne??cara???blh la mluah,mnulis,bkate2 sbrg karangn dalam blog ni..tp nk id kena minta ketua editor dlu,esteqqama tau..hehe...harap2 ngan blog ni sume org saling kenal mngenali..dan wujud 1 jiwa yg murni..hehe..wasalam..

dr editor:mydear164