Petikan Garis Panduan Keselamatan KBMK BIL. 1 TAHUN 2011
[Perkara 2] :
2 . Tindakan Serta Merta
2.1 Setiap warganegara Malaysia ( yang bukan pelajar ) yang berada di Mesir dinasihatkan supaya mendaftarkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah melalui salah satu kaedah berikut ;
2.1.1. mengisi borang secara online di http://kln.gov.my/web/guest/ekonsular
atau
2.1.2 mengirim emel dengan menyertakan butir-butir peribadi dan alamat perhubungan kepada alamat emel : malcairo@kln.gov.my
2.1.3 menghubungi nombor telefon (002) 02 3761 0013 ( En Ahmed el Wassiff, Unit Konsular Kedutaan Besar Malaysia Kaherah ).
2.2 Bagi pelajar Malaysia yang berada di Mesir, sila layari laman web Pejabat Education Malaysia Cairo di www.jpmk.info untuk semakan pendaftaran. Sekiranya belum berdaftar, Borang Peribadi Pelajar boleh dimuat turun dari laman web www.jmpk.info dan hantarkan Borang Peribadi Pelajar yang telah dilengkapkan kepada pejabat Education Malaysia Cairo di alamat emel : datapelajarmesir2011@gmail.com
Sumber: Education Malaysia Egypt dan Perubatan Cawangan Mansurah
Kesimpulan:
1) Kini Mesir sedang diperintah oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera. Sila patuhi perintah berkurung yang ditetapkan mengikut perubahan semasa.
2) Pastikan dokumen pengenalan diri sentiasa dibawa bersama ketika keluar rumah. (Sebaik-baiknya KAD PELAJAR/KERNIH, bukan passport atau kad pengenalan).
3) Hindari kawasan perhimpunan dan kumpulan tunjuk perasaan. Jangan libatkan diri.
4) Mulai 11 Februari 2011, waktu perintah berkurung masih berkuatkuasa SETIAP HARI di SELURUH MESIR dari jam 12tengah malan sehingga 6pagi.
5) Hadkan pergerakan/aktiviti yang tidak berkaitan dengan pengajian pada hari Jumaat.
6) Elakkan dari bersiar-siar pada waktu malan secara berseorangan terutamanya bagi mahasiswa.
7) Sila sentiasa 'update' kan diri dengan sebarang perkembangan pada bila-bila masa.
Post a Comment