Pengumuman (23.03.2011)

1) Kelas Tutor bersama Senior (STAR):

*Tutor Pharma  :  Khamis (24.03.2011) pada jam 6.20ptg
*Tutor Patho     :  Jumaat (25.03.2011) pada jam 6.20ptg

Tempat : Darul Rahmah (DR)



2) Kelas Tambahan Luar ( Microbiology)

Kelas pertama bagi semester 2 telah bermula pada hari ini (23.03.2011). Bagi sesiapa yang masih berminat untuk kelas ini, sila hubungi Lisa (0114721711) untuk maklumat selanjutnya. Jadual kelas masih belum tetap. Hubungi wakil untuk maklumat tentang kelas seterusnya.



3)  Extra Class by University (Pathology)

Kelas ini akan bermula mulai minggu hadapan pada hari Ahad (27.03.2011). Masa akan dimaklumkan kemudian di Dewan Kuliah/Blog/YM, tapi berkemungkinan pada jam 3ptg di Lab Pathology.. Kami sedia maklum yang hari Ahad memang sangat padat, tetapi Prof. Dr. Basem (dicadangkan oleh senior2) sangat sibuk dan masa tersebut sahaja yang paling sesuai buat masa ini. Maaf sangat2.. Kami masih mencuba untuk mencari alternatif lain. Semoga jadual ini adalah sementara sahaja. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.



4) Extra Class by University (Microbiology)

Kami sedang mengusahakan Prof. Dr. Tameer (spt yang dicadangkan oleh senior2) untuk kelas revision bagi semester 2 ini. Jadi mohon kerjasama mahasiswa/wi yang berminat untuk menyertai kelas ini untuk mengisi borang pendaftaran yang akan diedarkan di Dewan Kuliah atau terus memberi nama kepada ketua/timbalan sebelum hari Sabtu ini (26.03.2011) kerana kertas kerja akan dihantar pada hari tersebut. Jadual kelas akan dimaklumkan kemudian dan akan diusahakan agar masa kelas akan menyenangkan semua mahasiswa/wi.



5)  Extra Class by University (Pharmacology)

Kelas ini telahpun bermula pada minggu ini. Kelas berikutnya akan diadakan pada setiap hari Selasa jam 8pagi di Dewan Kuliah Kecil Department Pharmacology. Revision sekarang adalah berkaitan dengan tajuk GIT. Kami sedang mengusahakan untuk mengadakan revision ini 2kali seminggu. Sebarang maklumat tambahan akan dimaklumkan kemudian.



6)  Skill Lab

Skill Lab bagi semester 2 akan bermula mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Jadual bagi bulan Mac telahpun dikeluarkan. Nantikan post khas mengenai Skill Lab ini untuk keterangan lanjut.

Skill Lab ini adalah wajib dihadiri oleh semua mahasiswa/wi kerana termasuk dalam silibus dan merupakan salah satu lapangan yang wajib dipelajari. Silibus bagi skill lab ini adalah untuk menambah lagi pengetahuan mahasiswa/wi mengenai dunia perubatan di mana silibus ini tidak disentuh oleh buku teks sepanjang 6tahun pengajian.

Bagi tahun 3, silibus yang ditetapkan pada tahun ini adalah bertajuk 'Infection Control and Patient Safety Skill Course'. Jadi,mohon kerjasama semua mahasiswa/wi untuk hadir pada hari yang telah dijadualkan untuk anda. Kedatangan adalah wajib dan akan diambil.