Pengumuman (26.03.2011)



1)  Perubahan Jadual 'Extra Class' untuk Pathology (Prof. Dr. Basem)

Hari : Khamis (bukan Ahad)
Masa : 2 petang
Tempat : Kelas Praktikal Jar (Pathology Department)

p/s: kembali ke waktu dan hari asal seperti sem1



2)  Perubahan Kelas Praktikal Parasit bagi Gp.12

Hari : Isnin (bukan lagi hari Khamis)
Masa : 8-10 pagi



3)  Buku Teks Pharmacology : belum ada di Pejabat, sedang diusahakan oleh pihak atasan universiti.



4)  Microbiology Assignment untuk Gp.11

- Sila lengkapkan jawapan daripada m/s65-80 dan salin jawapan sahaja di dalam kertas A4 (spt assignment yang lepas). Arahan Prof. Dr. Samia Hawas.
- Dateline : Sabtu (02 April 2011)
- Sila lengkapkan juga LogBook Microbiology anda. (Prof pernah minta sebelum cuti untuk dihantar selepas winterbreak dulu). Jadi mungkin nanti akan dikumpul pada bila-bila masa.



5)  Makluman AWAL tentang Peperiksaan Akhir (Final Exam)

Sila jangan panik! :)
Ini hanyalah makluman awal, sekadar buat peringatan mahasiswa/wi yang dikasihi sekalian. Menurut maklumat akhir daripada Prof. Dr. Nesrene Omar, jangkaan peperiksaan adalah seperti berikut:

Praktikal : 20/4 ke atas..
Written : 15/5 ke atas..
Oral : Akan diadakan selepas written exam (spt sistem pada tahun satu)

Tarikh tersebut adalah sekadar JANGKAAN sebagai persediaan awal. Kami sedang berusaha untuk meminta pihak universiti menangguhkan dan memberikan sedikit masa lagi terutamanya untuk kita yang baru sahaja pulang. Prof. Dr. Nesrene amat memahami situasi kita dan beliau juga sedang berusaha. Namun beliau sendiri tidak dapat memberi jaminan kerana pelajar Malaysia masih minoriti dan pelajar Arab kebanyakannya tidak mahu tangguh dan menyebabkan cuti mereka terganggu. Tambahan pula, pihak universiti juga telah mengurangkan beberapa bahagian daripada silibus kita.

Walau apapun, marilah kita sama-sama berdoa agar walaubagaimanapun jadual yang bakal dikeluarkan oleh pihak universiti, merupakan yang terbaik untuk kita yang ditetapkan oleh Allah. Usaha yang semampunya dari sekarang. Jangan bertangguh lagi. Jalan yang paling selamat adalah buat 'back up plan' masing-masing. Jika tak ada rezeki, harapan kita tak dimakbulkan, sekurang-kurangnya kita dah berusaha yang terbaik. Dan kalaupun rezeki kita exam dapat ditangguhkan, maka kita punya 'extra time' untuk mengulang lagi sekali.

Semoga berjaya buat semua. Sama-samalah berdoa untuk kejayaan kita bersama. Dan semoga Allah makbulkan doa dan harapan kita serta dikurniakan yang terbaik.



6)  Jom buat PAST YEAR Questions!!

- Tawaran masih dibuka sehingga 28 Mac 2011 sebelum pembahagian dilakukan.
- Sila hubungi PZAHperlis (0144651585) / ketua / timb untuk penyertaan.
- Pembahagian adalah sama rata bagi SEMUA subjek berdasarkan soalan-soalan tahun lepas.
- 'Task' akan bermula pada 1 April 2011 selama dua minggu iaitu sehingga 14 April 2011.
- Jom cuba! Sekurang-kurangnya kalau xmampu untuk buat semua soalan, kita akan 'terpaksa' buat beberapa soalan ni. Semoga sumbangan dan usaha kalian diberkati oleh Allah dan dapat memanfaatkan diri sendiri juga.
- Kompilasi jawapan akan diedarkan setelah semuanya lengkap dikumpul.
- Klik sini untuk iklan asal :  d3lici0usimym3mine



7)  Skill Lab

- Kumpulan pertama untuk tajuk 'Infection Control and Safety Skills' telah bermula pada hari ini. Kelas tersebut adalah sangat menarik dan bermanfaat. Semoga mahasiswa/wi lain tidak melepaskan peluang untuk menghadirkan diri mengikut jadual yang telah ditetapkan.

- Bagi kumpulan yang terlepas sesi bagi bulan Mac sahaja iaitu sesi sebelum 26 Mac 2011 (tidak termasuk yang tidak hadir), sesi anda akan diganti pada waktu yang sesuai selepas sesi yang telah dijadualkan pada bulan April.

p/s: Jangan risau, course ini adalah wajib dan pihak universiti akan pastikan anda berpeluang untuk menyertainya, pada masa yang sesuai nanti.

- Jadual Skill Lab seterusnya bagi bulan April adalah seperti berikut:

02 April 2011 (Sabtu) : Gp. C40 dan Gp. C44
09 April 2011 (Sabtu) : Gp. C35 dan Gp. C45
16 April 2011 (Sabtu : Gp. C41 dan Gp. C46

Klik sini untuk details tentang Skill Lab for Infection Control