Archive for December 2010

Meet the Expert II

Princess Hour

Pengumuman Hari Ini [5]

Perhatian kepada semua mahasiswa/wi, sila ambil perhatian terhadap beberapa pengumuman berikut.


1. Pada 1 Januari 2011 (Sabtu) ini, kuliah akan berjalan seperti biasa. Tiada cuti tahun baru untuk semua mahasiswa/wi.


2. Semua mahasiswa/wi tahun 3 boleh mula mendapatkan buku MCQ Microbiology daripada Maktabah Ataa' di Syarik Jihan. 70% daripada soalan peperiksaan akan datang adalah daripada buku ini. Buku adalah TIDAK percuma.


3. Kelas revision Pharmacology pada esok hari akan berjalan seperti biasa pada pukul 8.00-9.00 pagi. Sekiranya Dr Manal tidak dapat hadir atas masalah kesihatan beliau, Dr Hisham akan masuk untuk mengajar topik Angina. Dr Manal akan menyambung topik Hypertension untuk kelas seterusnya.


4. Virtual Lab minggu ini adalah seperti berikut;


Group 11:  No. 1-50 (Selasa, 28/12/2010, 9.00-10.30 pagi)
                  No. 51-66 (Khamis, 30/12/2010, 1.30-3.00 petang)


Group 12: No. 1-50 (Selasa, 28/12/2010, 10.30-12.00 pagi)
                 No. 51-69 (Rabu, 29/12/2010, 10.30-12.00 pagi)

Pengumuman Hari Ini [4]

Perhatian kepada semua mahasiswa/wi, sila ambil perhatian terhadap beberapa pengumuman berikut.
-
1. Borang Data Pelajar.
- Borang ini wajib diisi oleh semua mahasiswa/wi untuk simpanan dan penyusunan data oleh JPMK di Mesir dan Mabahis (unit keselamatan dan polis Mesir).
- Sila dapatkan borang daripada ketua/timbalan dan hantar sebelum atau pada 28/12/2010.
- Borang hendaklah diisi dengan lengkap berserta gambar.
*klik sini untuk maklumat lanjut.

2. Borang Data Perumahan.
- Borang telah diedarkan secara berperingkat di dewan kuliah. 
- Bgai mahasiswa/wi yang belum mengisi dan mendaftarkan rumah masing-masing, sila hubungi ketua/timbalan secepat mungkin.
- Pendaftaran ini termasuk rumah baru mahupun lama untuk penyimpanan maklumat oleh unit perumahan.

3. Kelas revision Pathology pada minggu ini dibatalkan kerana memberi ruang kepada program universiti iaitu 'Meet The Expert'. Maklumat mengenai kelas seterusnya akan dimaklumkan kemudian.

4. Program 'Meet The Expert' dengan vice dean akan diadakan pada 30/12/2010 (Khamis) pada pukul 2.30-3.30 petang, bertempat di Dewan Handousa.

5. Kelas revision Pharmacology bagi tajuk CVS adalah pada setiap hari Selasa, pada jam 8.00 pagi dan bertempat di dewan mini di Department Pharmacology. (diajar oleh doktor GIT ketika kuliah).

6. Peringatan kepada semua mahasiswa/wi untuk menjayakan Professional Day pada setiap hari Isnin dengan berpakaian kemas dan sopan.
*klik sini untuk etika berpakaian.

Borang Data Pelajar

Borang ini wajib diisi oleh semua mahasiswa/wi Universiti Mansurah. Sila dapatkan borang daripada ketua/timbalan ketua batch masing-masing dan hantar sebelum 28/12/2010 (Selasa).

Tujuan: Simpanan rekod pelajar bagi Education Malaysia in Egypt Association (JPMK) dan Mahabis (Unit Keselamata dan Polis Mesir) apabila diperlukan.

Maklumat-maklumat yang diperlukan;
- Nama (berserta nama datuk)
- Nama (jawi)
- Alamat Mesir
- Alamat Malaysia
- No. paspot
- No. I/C
- Tarikh mula pasport
- Tarikh tamat pasport
- Tarikh visa (mula/tamat)
- Tahun pengajian/batch
- Tajaan
- Negeri
- No. telefon
- Emel

Sila isi borang yang diedarkan dengan lengkap menggunakan HURUF BESAR, berserta dengan gambar berukuran pasport. Mohon kerjasama semua mahasiswa/wi untuk mengisi borang ini supaya semua urusan lain berjalan dengan lancar dan diharapkan tiada maklumat pelajar yang tercicir.

N/B:
1. Borang ini bukan borang keahlian PCM, hanya diuruskan oleh PCM atas permintaan pihak atasan.
2. Jika anda tidak dapat borang, boleh emelkan atau ym maklumat di atas kepada ketua/timbalan ketua secepat mungkin.

Berkenaan Akreditasi

Assalamualaikum,
atas permintaan sesetengah pihak, jadi saya akan beritahu sedikit sebanyak mengenai Accreditation yang bakal berlangsung pada minggu depan.

-Mansoura University telah membuat persiapan untuk Akreditasi sejak 5 tahun lalu, di mana perubahan dibuat sedikit demi sedikit (untuk makluman lebih lanjut boleh rujuk wakil batch senior).
-Akreditasi untuk tahun ini ialah di peringkat nasional (dalam negara)
-Setakat ini, hanya 1 Universiti di Mesir yang telah berjaya mendapat akreditasi, banyak universiti lain yang juga turut serta untuk mendapat pengiktirafan ini, tetapi masih gagal.

Jika sesebuah Universiti berjaya mendapat akreditasi, maka:

-sejumlah besar bajet akan disalurkan ke Universiti tersebut. Maka keadaan Universiti akan betambah baik
-pihak Universiti boleh membuat apa jua permintaan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.
-pihak Akreditasi akan memantau dari tahun ke tahun (jadi kelebihannya, kita tak akan diabaikan)
-graduan Universiti akan mendapat tempat lebih awal di Malaysia berbanding graduan-graduan dari Universiti tanpa Akreditasi.
-pihak Universiti akan mampu menaja graduan-graduan cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
-Universiti tersebut layak untuk dinilai untuk peringkat antarabangsa.

Jadi saya pohon kerjasama dari semua ahli batch ini untuk menjayakan proses penilaian dari pihak National Quality Assurance and Accreditation Committee (NQAAC), dan semoga tiada lagi pihak yang tersalah faham tentang apa yang akan berlaku minggu depan.

MOHON SEMUA MEMENUHKAN DEWAN KULIAH UNTUK MEMUDAHKAN PROSES PENILAIAN

maaf andai ada yang tercicir,
sekadar memesan,

Continuous Assessment for Microbiology & Registration for Winterbrek Medical Training

ASSALAMUALAIKUM...

Continuous Assessment for Microbiology,

Topics to be examined :
1.General Bacteriology
2.Bacteriology
3.Immunology

This exam will be held during your practical classes starting on 25.12.2010, there will be 3 MCQ  for 5 minutes... Please stress on the definitions and principles of the topics mentioned.



Registration for Winterbrek Medical Training,

Registration for the attachment are open NOW!!!
You can get your registration form from Madam Doaa' at the international student's office.

QUICK! QUICK!

Registration forms are limited and only certain students will be selected according to certain criteria. Please be sure that you can give full comitment during the course before registering your name.

You are also allowed to choose either one:

1.GIT department
2.Emergency department
3.Oncology department

Professional Day!



Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir PERUBATAN
Taqwa, Syifa', Rahmah
Ilmuan Berbakti, Teguh Sehati

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Assalamualaikum w.b.t
Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan. Hadis di atas adalah sebahagian daripada nilai akhlak yang Baginda Nabi Muhammad ajarkan kepada kita bahawasanya Allah itu cantik dan sangat suka kepada hambanya yang menjaga kecantikan. Kecantikan yang dimaksudkan tidak hanya terbatas kepada rupa paras semata, bahkan yang lebih penting adalah cara ia menampilkan dirinya di khalayak, di samping memiliki hati sebersih dan semurni pakaian yang menutupi dirinya.

Sahabat-sahabat sekalian,
Apakah persepsi anda apabila suatu hari, anda dirawat oleh seorang doktor yang tidak kemas, datang kepada anda dengan berbajut t-shirt , berseluar jeans, dan bersandal? Adakah anda yakin bahawa dia seorang doktor berkelayakan? Dan adakah anda yakin dengan perkhidmatan dan nasihat yang diberikannya? Tentu sekali tidak! Lebih malang lagi, jika anda tahu bahawa dia adalah seorang doktor lepasan universiti dari Mesir!

Begitu juga halnya sebagai seorang mahasiswa sains kesihatan, cara pemakaian kita akan diperhati oleh masyarakat sekeliling kita. Sebagai bakal doktor pada masa hadapan, gaya pemakaian kita haruslah kemas dan meyakinkan. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, hal ini bertitik tolak dari tabiat pemakaian kita semasa di alam mahasiswa lagi. Maka atas sebab itu, timbullah idea di kalangan kami selaku AJKT Tertinggi PERUBATAN seluruh Mesir untuk menganjurkan Hari Profesional PERUBATAN bagi menjadikan gaya pemakaian kemas dan meyakinkan sebagai satu tabiat mahasiswa sains kesihatan Malaysia di Mesir. Tambahan pula, di Mesir ini, tiada satu ketetapan khusus tentang etika pemakaian di Universiti. Biarpun definisi ‘profesional’ itu lebih luas merangkumi nilai-nilai dalam diri sehinggalah gaya penampilan luaran, namun gaya pemakaian merupakan elemen penting bagi meningkatkan keyakinan diri sendiri dan juga orang lain terutamanya pesakit terhadap diri kita.

Antara objektif pelaksanaan Hari Profesional ini adalah ;

1. Melatih mahasiswa supaya berpakaian kemas ke kuliah
2. Melatih mahasiswa supaya sentiasa mementingkan penampilan dan kekemasan diri
3. Sebagai lambang persepakatan dan kesatuan dalam kalangan mahasiswa PERUBATAN seluruh Mesir Bertemakan ‘I Am Professional!’, Hari Profesional ini akan dilaksanakan pada setiap hari ISNIN SETIAP MINGGU, dengan mensasarkan penglibatan seluruh mahasiswa Sains Kesihatan Malaysia seluruh Mesir.

Berikut merupakan kod etika pemakaian yang telah dipersetujui;


Kod pakaian : formal

Mahasiswa lelaki
•Berkemeja lengan panjang dan berseluar panjang slack (tidak memakai jeans)
•Memakai tali leher
•Berstokin dan berkasut kulit yang bertutup (bukan selipar, sandal atau kasut sukan)
•Berambut kemas
•Memakai blazer jika ingin nampak lebih kacak
•Memakai minyak wangi

Mahasiswa perempuan
•Berbaju kurung
•Memakai tudung dengan kemas dan tidak menampakkan dada
•Kasut bertutup (bukan selipar, sandal atau kasut sukan)
•Pakaian tidak menjolok mata, ketat atau jarang
•Jika anda bermake-up, memakai aksesori atau pewangi hendaklah secara sederhana .

Akhirnya, setinggi harapan diletak agar semua mahasiswa PERUBATAN dapat mematuhi etika yang telah ditetapkan ini. Lebih cantik lagi jika ia menjadi amalan setiap hari, bukan sahaja pada hari yang telah ditentukan. Semoga usaha kecil ini dapat melahirkan generasi graduan yang sedar akan kepentingan penampilan diri apabila pulang ke Malaysia kelak, insyaAllah.


N.B: sumber dari blog Perubatan Cawangan Mansurah Mesir.

Pelaksanaan program ini adalah SETIAP hari Isnin.

lawan bola jom...lawan PES jom

BERKENAAN MPL

insyaALLAH perlawanan akan bermula malam ini,untuk maklumat lanjut sila klik (disini)

BERKENAAN GAME PES 2011


pembetulan:

1.tiada yuran penyertaan akan dikenakan,insyaALLAH penyertaan adalah PERCUMA
2.undian akan dijalankan pada hari pertandingan,minta kerjasama peserta untuk datang awal
3.sebarang penyertaan sila rujuk rizal @ dedi

p/s:jgn asyik study je,rehat kena jugak,ramai-ramai turun jom,rapatkan ukhuwah batch kita,sama-sama suka,,pastu kita sambung study balik ok,sama-sama naik tahun...senyum sokmo

Q&A for Pharmacology (CVS)






N.B : Perkongsian soalan dari 'kelas tambahan' Pharmacology yang doktor berikan berserta jawapan. Sila klik untuk paparan yang lebih jelas. Maaf sangat2 jika gamba tidak begitu jelas ye. (tak sempat nak scan). Selamat Mencuba! :)

Questions of the week (week 3).

PATHOLOGY.

Important Questions.
1. Enumerate M/E of common acquired nevi.
2. M/E of malignant melanoma.
3. Definition of Clark’s level.
4. Compare the gross appearance between cystic teratoma and solid teratoma.
5. Difference between dysplasia and carcinoma in-situ.
6. Criteria of malignant transformation (in benign nevus).

Past Years.
1. Differences between hamartoma and teratoma. [5/2001,5/2003]
2. Define tumor grade. [6/5/2008]
3. Give the gross appearance of carcinoma of hollow organ. [6/5/2008]
4. Write the scientific name of the following:
a) Change of one type of epithelium to another type in the same category
b) A tumor marker of hepato-cellular carcinoma and yolk sac tumor of the gonads.

MICROBIOLOGY.

1. Mechanism (etiology) of autoimmunity. - 5 m.
2. Give an account on Major Histocompatibility Complex. -5m.
  - [both are questions of 2007]


Questions for Pharmacology and Parasitology will be posted later. Sorry for the inconvenience.

today...MESRA '10

BLACKLIST

Assalamualaikum.
Pengumuman penting.

Kami baru sahaja selesai mesyuarat dengan pihak gamaah dan kami dikejutkan dengan sehelai kertas yang diutuskan khas kepada kami.

Dan helaian ini amat mengejutkan, membuktikan bahawa pihak gamaah memandang berat isu ponteng ini. Bukan sekadar menyerbu tempat-tempat kelas tambahan luar gamaah, bahkan mengeluarkan list ini.

Dalam list ini ada kira-kira 10 atau lebih nama-nama pelajar yang telah di'blacklist' oleh pihak gamaah. Untuk mengelakkan aib, nama-nama ini kami rahsiakan.

Jadi bagi yang ingin tahu status 'blacklist' anda, boleh la merujuk saya ataupun Najib dan diminta berjumpa dengan Dr. Nesrene segera atau anda tidak akan dapat menduduki mana-mana peperiksaan yang bakal berlangsung.
sekian.

sekadar menyampai,

TAZKIRAH

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

“Bersempena dengan kedatangan hari sembilan (tasu’a) dan sepuluh (‘asyura) Muharram ini saya mengingatkan para pengunjung sekelian tentang kita semua disunatkan berpuasa pada hari-hari berkenaan. Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut;

Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.


عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
Semoga Allah merahmati kita semua dalam berlumba-lumba mendampingiNya.

SUMBER (disini)

P/S: berlapang dadalah kita semua,terima dengan hati yang terbuka~senyum sokmo

Pengumuman Hari Ini [1]

Assalamualaikum.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh mahasiswa/wi sekalian.

1. Perhatian kepada semua mahasiswa/wi yang telah mendaftarkan diri untuk Program Basic Life Saving (BLS), sila jelaskan bayaran sebanyak LE 120 kepada bendahari batch (Robex/Solah) selewat-lewatnya pada 21/12/2010. Bagi yang masih berminat atau ingin membatalkan penyertaan, sila maklumkan kepada bendahari secepat mungkin sebelum tarikh tutup pembayaran.

Note: Program ini mungkin akan dijalankan pada hari Jumaat secara berperingkat, hanya 25 orang sahaja untuk satu sesi. Pembahagian kumpulan akan dimaklumkan kemudian. Lokasi program adalah di dalam universiti.

2. Unit perumahan 10/11 sedang menganjurkan pertandingan menamakan Dewan PCM. Bagi yang berminat untuk menyertainya, bolehlah dapatkan borang penyertaan daripada ketua/timbalan ketua batch anda. Borang penyertaan adalah terhad. Sila hantar borang anda sebelum tarikh tutup penyertaan (15/12/2010). Hadiah menarik pastinya menanti anda!

3. Pendaftaran bagi trip ke Luxor, Aswan dan Hurghada masih dibuka. Bayaran adalah sebanyak LE 900 yang merangkumi pakej yang sama seperti tahun lepas. Tarikh yang ditetapkan adalah pada 15-22 Februari 2011. Jika berminat, sila hubungi ketua/timbalan ketua batch anda sebelum 10 Januari 2011.

4. Kelas tuisyen bagi subjek Microbiology telah ditangguhkan selama 2 minggu atas sebab-sebab keselamatan dan untuk memberi tempoh kepada mahasiswa/wi berfikir sama ada ingin meneruskan atau pun tidak. Bagi yang terlibat, sila beri maklum balas kepada Nor Malisa. Sebarang keputusan akan dimaklumkan kemudian.

5. Cuti musim sejuk akan bermula pada 28 Januari 2011 dan akan berlangsung selama 2 minggu.

6. Peringatan kepada ahli kumpulan 12 (no. 1-50), Virtual Lab Class anda adalah pada hari esok (14/12/2010) pada jam 2-3 petang. Kuliah Parasitology akan dianjakkan ke jam 1 petang di dewan kuliah biasa.

Pharma's Virtual Lab > Updated!

Updated Schedule For Pharmacology Virtual Lab Class


14.12.2010 (2-3pm)    :  Group12 (No.1-50)  


20.12.2010 (1-2pm)    :  Group11 (No.51-66)


30.12.2010 (1-2pm)    :  Group 12 (No.51-69)


* The next Virtual Lab Class will be on THIS TUESDAY for Group12 (No.1-50). Please be well prepared by doing some revision before attending the class.


N.B : The only changes is the time for 20/12 and 30/12 class which the duration has been reduced to one hour, same as the others.


Previous link : click here


* Reminder : The next Assestment for Pharmacology will start on 18th December 2010 during your practical hours on Renal and CVS.

kelas tutorial Tahun 2

Assalamualaikum.

Berita gembira untuk rakan-rakan dan juga adik-adik Tahun 2, kelas tutorial bawah bimbingan pelajar senior untuk anda akan bermula tidak lama lagi.

Berikut adalah jadual kelas tutorial anda;

PHYSIOLOGY   : Ahad, 12 Disember 2010 (5.30 petang)
ANATOMY         : Isnin, 13 Disember 2010 (7.30 petang)
BIOCHEMISTRY: Rabu, 15 Disember 2010 (7.30 petang)

Lokasi kelas tutorial anda bertempat di Darul Rahmah.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi: khalid shah (0114721672) atau esteqqama (0114721808).

announcement

ASSALAMUALAIKUM...

  •  WEEKLY QUESTIONS for this week will be postpone to next week to give more time and space for all student to complete the previous questions..its quality that matter than quantity..
  • VISUAL LAB for prac numb  50 and above will be held on this TUESDAY(14/12/2010) at 2pm at SKILL LAB..please  revise your prac ANS lessons
  • 2nd PHARMACOLOGY ASSESSMENT will be on 18/12/2010.Topic that will be examines are RENAL & CVS pharmacology
  • Do prepare for your MICROBIOLOGY PRESENTATION
  • Do complete your PARASIT'S prac book because the books will be collected just around the corner.
  • For those who are interested to join PATHOLOGY tuition class with Dr M(dr TOP notes),you are invited for the class on this SATURDAY(10/12/2010) at 7pm at center near Mowafy.
         - Lisa-

pathology tuition class

Attention to all students..
For those who are interested to join patho tuition class with dr M(not actual name),you are invited for the introduction Class that'll be held tomorrow...
Details;
 Date : 8/12/2010 ( wednesday )
 Time : 7.30pm,
venue : center same as microb tuition

P/s;
1) this tuition class is not under gamaah n payment will be discuss later.
2)futher info can simply contact lisa@najib

ESOK...sambutan maal hijrah 1432


TMPAT : DEWAN PCM
MASA : 8.45 PAGI
TARIKH : 7 DISEMBER (ESOK)

Questions of the week (week 2).

PHARMACOLOGY.

AUTOCOIDS.
1. H1 receptor antagonists (Antihistamines). [9/2005]
     - mechanism of action.
     - adverse effects.
2. 1st generation (Diphenydramine) and 2nd generation (Loratadine) 
    antihistamines[8/2002,5/2006,6/2008,8/2009]
     - 4 main differences  
3. Drug acting on 5HT 1B/1D receptor agonist. [8/2008]
     - enumerate.
     - mention therapeutic uses. (16 m)
4. Enumerate therapeutic indications of different types of 5HT agonists. [5/2004]

CVS.
1. Centrally acting hypertensive. [5/2001, 8/2001]
     - enumerate.
     - mode of action.
     - adverse effects.
2. Calcium channel blocker. [5/2006]
     - uses.
     - mechanism of action.
3. Verapamil. [9/2005]
     - 3 main therapeutic indications.
     - mechanism of actions.


PATHOLOGY.

1. Difference between benign and malignant tumours. [8/2008]
2. Give an account on lymphadenitis. [6/2002]
     
MICROBIOLOGY.
1. Types of hypersensitivity. [2009]
     - compare in a table.

PARASITOLOGY.

1. Enumerate different types of nematodes' esophagus and give examples.
2. Give an account on different types of Ascaris eggs.

p/s: strive hard for success, please don't delay your work.  :)

theSTAR news! >>> NOC

CONCERN OVER MEDICAL SCHOOLS
Wednesday December 1, 2010.

PETALING JAYA: The Higher Education Ministry will keep a close eye on foreign medical schools after a task force discovered that a sizeable number of Malaysian students at Mansoura University, Egypt, did not possess non-objection certificates (NOCs).

The NOC is a certificate issued by the ministry before Malaysian students can study medicine abroad.

Students must also have the NOC before they can apply for Govern¬ment loans or scholarships.

Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin told The Star that his ministry was concerned about the issue and more checks would be done, particularly at universities with Government-sponsored students.

He added that this would ensure that Malaysian medical students abroad received not only quality education, but mixed with the right group of students as well.

“We (the ministry) will hold discussions with the university authorities and our Egyptian counterparts before deciding on how best to manage this,” he said.

The task force was sent to Mansoura to ascertain whether the university’s medical faculty met international standards.

The ministry received its findings yesterday and it could be the precursor of a coordinated operation to uphold quality.

There were currently 926 Malaysian students at Mansoura, with 493 pursuing the varsity’s homegrown medicine course and the rest following a twinning programme involving the University of Man¬chester.

Mohamed Khaled confirmed that there were Government-sponsored students at Mansoura but said that the ministry’s recognition of the varsity would not be reviewed.

“Although this is a serious case, the university is reputable and it adheres to quality standards,” he said.

Responding to a recent report in The Star, Mohamed Khaled said that close cooperation with the Health Ministry was necessary to ensure the quality of medical students graduating from foreign institutions.

He added that he supported the Health Ministry’s suggestion to assess foreign graduates before they started their housemanship as weaknesses could be detected early.

Source : click here

N.B : This is the reason why we have to support our university's effort in order to achieve the Educational Accreditation. Once our university is accreditated, it will be a great bonus for us. Its an international level achievement. The most important thing is, your degree certificate of Medicine would be from AN ACCREDITATED UNIVERSITY.. InsyaAllah, Amin!

esok...MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN

Mesyuarat Tahunan Cawangan ke-4

Tarikh:3/12/2010

Hari:Jumaat

Waktu:630pg-5.30 ptg

(Makanan disediakan)