Berkenaan Akreditasi

Assalamualaikum,
atas permintaan sesetengah pihak, jadi saya akan beritahu sedikit sebanyak mengenai Accreditation yang bakal berlangsung pada minggu depan.

-Mansoura University telah membuat persiapan untuk Akreditasi sejak 5 tahun lalu, di mana perubahan dibuat sedikit demi sedikit (untuk makluman lebih lanjut boleh rujuk wakil batch senior).
-Akreditasi untuk tahun ini ialah di peringkat nasional (dalam negara)
-Setakat ini, hanya 1 Universiti di Mesir yang telah berjaya mendapat akreditasi, banyak universiti lain yang juga turut serta untuk mendapat pengiktirafan ini, tetapi masih gagal.

Jika sesebuah Universiti berjaya mendapat akreditasi, maka:

-sejumlah besar bajet akan disalurkan ke Universiti tersebut. Maka keadaan Universiti akan betambah baik
-pihak Universiti boleh membuat apa jua permintaan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.
-pihak Akreditasi akan memantau dari tahun ke tahun (jadi kelebihannya, kita tak akan diabaikan)
-graduan Universiti akan mendapat tempat lebih awal di Malaysia berbanding graduan-graduan dari Universiti tanpa Akreditasi.
-pihak Universiti akan mampu menaja graduan-graduan cemerlang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
-Universiti tersebut layak untuk dinilai untuk peringkat antarabangsa.

Jadi saya pohon kerjasama dari semua ahli batch ini untuk menjayakan proses penilaian dari pihak National Quality Assurance and Accreditation Committee (NQAAC), dan semoga tiada lagi pihak yang tersalah faham tentang apa yang akan berlaku minggu depan.

MOHON SEMUA MEMENUHKAN DEWAN KULIAH UNTUK MEMUDAHKAN PROSES PENILAIAN

maaf andai ada yang tercicir,
sekadar memesan,