Assalamualaikum.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh mahasiswa/wi sekalian.
1. Perhatian kepada semua mahasiswa/wi yang telah mendaftarkan diri untuk Program Basic Life Saving (BLS), sila jelaskan bayaran sebanyak LE 120 kepada bendahari batch (Robex/Solah) selewat-lewatnya pada 21/12/2010. Bagi yang masih berminat atau ingin membatalkan penyertaan, sila maklumkan kepada bendahari secepat mungkin sebelum tarikh tutup pembayaran.
Note: Program ini mungkin akan dijalankan pada hari Jumaat secara berperingkat, hanya 25 orang sahaja untuk satu sesi. Pembahagian kumpulan akan dimaklumkan kemudian. Lokasi program adalah di dalam universiti.
2. Unit perumahan 10/11 sedang menganjurkan pertandingan menamakan Dewan PCM. Bagi yang berminat untuk menyertainya, bolehlah dapatkan borang penyertaan daripada ketua/timbalan ketua batch anda. Borang penyertaan adalah terhad. Sila hantar borang anda sebelum tarikh tutup penyertaan (15/12/2010). Hadiah menarik pastinya menanti anda!
3. Pendaftaran bagi trip ke Luxor, Aswan dan Hurghada masih dibuka. Bayaran adalah sebanyak LE 900 yang merangkumi pakej yang sama seperti tahun lepas. Tarikh yang ditetapkan adalah pada 15-22 Februari 2011. Jika berminat, sila hubungi ketua/timbalan ketua batch anda sebelum 10 Januari 2011.
4. Kelas tuisyen bagi subjek Microbiology telah ditangguhkan selama 2 minggu atas sebab-sebab keselamatan dan untuk memberi tempoh kepada mahasiswa/wi berfikir sama ada ingin meneruskan atau pun tidak. Bagi yang terlibat, sila beri maklum balas kepada Nor Malisa. Sebarang keputusan akan dimaklumkan kemudian.
5. Cuti musim sejuk akan bermula pada 28 Januari 2011 dan akan berlangsung selama 2 minggu.
6. Peringatan kepada ahli kumpulan 12 (no. 1-50), Virtual Lab Class anda adalah pada hari esok (14/12/2010) pada jam 2-3 petang. Kuliah Parasitology akan dianjakkan ke jam 1 petang di dewan kuliah biasa.
MIN Edisi Khas : Tazkiyatun Nafs [18/2/16]
8 years ago
Post a Comment