Archive for March 2011

Pengumuman (30.03.2011)


1)  Kelas Revision utk Pathology (Slides)

Mahasiswa :  03 April 2011 (Ahad)
Mahasiswi :  06 April 2011 (Rabu)

Masa :  2-3 ptg
Tempat : Dewan Handousa

p/s: Semua lecture pada masa tersebut (Pharma) diubah kepada hari Selasa (05.04.2011) pada pukul 2-4 ptg bagi MINGGU INI sahaja. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.



2)  Kelas tambahan luar untuk Pathology : dibatalkan atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.



3)  Extra Class for Microbiology

- Kelas ini akan bermula pada minggu hadapan oleh Prof Dr. Tameer. Tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan kemudian.



4)  Kuiz Parasit Semester 2

Tarikh :  03 April 2011
Masa :  1 ptg (waktu lecture)
Tempat : Dewan Kuliah biasa
Tajuk : Arthropods (setakatyang sudah belajar)



5)  Bentuk soalan bagi Final Exam Microbiology (waktu written)

- Microbiology Book I :  MCQ sahaja
- Microbiology Book II :  MCQ + short notes

p/s: Ini sahaja maklumat dari department BUAT MASA INI. Sebarang pertambahan maklumat akan dimaklumkan kemudian.



6)  Final Exam

Alhamdulillah, universiti telah menangguhkan sedikit tarikh peperiksaan. Berikut adalah maklumat terbaru yang diperoleh daripada Prof. Dr. Nesrene.

Written exam : seawal 4 Jun 2011
Praktikal exam : awal Mei 2011 / hujung April

p/s: Jadual lengkap akan dikeluarkan insyaAllah pada hari Khamis minggu hadapan.



7) Jadual baru Skill Lab (April 2011) :

klik sini :
Skill Lab April



8)  Extra Class utk Pathology (Prof. Dr. Basem) : esok 31.03.2011 (2ptg)



9) Pengumuman lepas : Pengumuman (27.03.2011)



10)  Trip to Tahrir Book Fair (by PCM)



Maklumat lanjut : Perubatan Cawangan Mansurah (Book Fair)



11)  Clinical Medicine Phrasebook in Egyptian Language


Maklumat lanjut : Perubatan Cawangan Mansurah (Clinical Medicine Phrasebook)



12)  Borang Kedatangan Semula Pelajar Ke Mesir (baru, WAJIB)

klik sini untuk mengisi borang : Perubatan Cawangan Mansurah (Borang Pelajar Mesir)

p/s: Borang in sangat ringkas, mohon kerjasama semua untuk meluangkan seidkit masa untuk klik dan mengisi borang ini.

Skill Lab (Continuation)

Pengumuman (27.03.2011)



1)  Pathology's Practical Slides

-  Slide untuk dipinjam sudah ada di Department Pathology untuk dipinjam. Mahasiswa/wi dinasihatkan untuk membuat kumpulan sendiri (3/4/5 orang) untuk lebih memudahkan anda. Urusan peminjaman hendaklah dilakukan sendiri di Department dengan membawa kernih semua ahli kumpulan serta duit sebanyak 210gnh (akan dipulangkan jika slide dijaga dengan baik).

-  Memandangkan sudah ramai yang telah membuat urusan peminjaman sendiri, maka batch hanya akan membantu jika anda tidak berjaya membuat kumpulan sendiri. Sebagai makluman awal, peminjaman yang akan diuruskan oleh batch mungkin adalah bagi 10 orang satu kumpulan. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk cuba menubuhkan kumpulan sendiri bagi memudahkan pengagihan dan ahli kumpulan yang sedikit akan memberikan masa yang lebih panjang untuk anda 'study' slide tersebut.

-  Menurut Ammu yang menguruskan peminjaman, slide adalah banyak. Tetapi mohon kerjasama semua mahasiswa/wi untuk bertindak dengan cepat supaya tiada yang ketinggalan nanti jika slide habis.

- Sebarang masalah/pertanyaan boleh berhubung dengan ketua/timb/pika AJK Patho.



2)  Kelas Tambahan Luar bagi Pharmacology

Tarikh bermula : 29 Mac 2011 (Selasa)
Masa : 8 malam
Tempat : Centre biasa
Tajuk : Endocrine

Sesiapa yang berminat bolehlah hadir pada hari tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Ridh (0116300290).



3)  Kelas Tambahan Luar bagi Pathology

- Kelas ini sedang diusahakan. Jadi sesiapa yang berminat/mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubingi/memberikan nama anda kepada Dayang Nabeela (0114721679).
- Doktor yang akan mengajar adalah Prof. lelaki yang mengajar lecture Liver pada hari ini.
- Mungkin kelas ini akan diadakan sejurus selepas kelas tambahan Pharmacology di tempat yang sama. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.



4)  Lecture Parasitology pada Hari Selasa ini (29.03.2011) adalah pada jam 1 tengahari. 



5)  Extra Class for Pharmacology (revision)

- Setiap hari Selasa
- Jam 8 pagi
- Di Dewan Kuliah Kecil, Department Pharmacology.
- Tajuk GIT



6) Link bagi Pengumuman-pengumuman penting yang lepas :

Pengumuman (26.03.2011)
Pengumuman (23.03.2011)
Skill Lab of Infection Control
Perubahan Silibus : Tajuk-tajuk yang dimansuhkan

Pengumuman (26.03.2011)



1)  Perubahan Jadual 'Extra Class' untuk Pathology (Prof. Dr. Basem)

Hari : Khamis (bukan Ahad)
Masa : 2 petang
Tempat : Kelas Praktikal Jar (Pathology Department)

p/s: kembali ke waktu dan hari asal seperti sem1



2)  Perubahan Kelas Praktikal Parasit bagi Gp.12

Hari : Isnin (bukan lagi hari Khamis)
Masa : 8-10 pagi



3)  Buku Teks Pharmacology : belum ada di Pejabat, sedang diusahakan oleh pihak atasan universiti.



4)  Microbiology Assignment untuk Gp.11

- Sila lengkapkan jawapan daripada m/s65-80 dan salin jawapan sahaja di dalam kertas A4 (spt assignment yang lepas). Arahan Prof. Dr. Samia Hawas.
- Dateline : Sabtu (02 April 2011)
- Sila lengkapkan juga LogBook Microbiology anda. (Prof pernah minta sebelum cuti untuk dihantar selepas winterbreak dulu). Jadi mungkin nanti akan dikumpul pada bila-bila masa.



5)  Makluman AWAL tentang Peperiksaan Akhir (Final Exam)

Sila jangan panik! :)
Ini hanyalah makluman awal, sekadar buat peringatan mahasiswa/wi yang dikasihi sekalian. Menurut maklumat akhir daripada Prof. Dr. Nesrene Omar, jangkaan peperiksaan adalah seperti berikut:

Praktikal : 20/4 ke atas..
Written : 15/5 ke atas..
Oral : Akan diadakan selepas written exam (spt sistem pada tahun satu)

Tarikh tersebut adalah sekadar JANGKAAN sebagai persediaan awal. Kami sedang berusaha untuk meminta pihak universiti menangguhkan dan memberikan sedikit masa lagi terutamanya untuk kita yang baru sahaja pulang. Prof. Dr. Nesrene amat memahami situasi kita dan beliau juga sedang berusaha. Namun beliau sendiri tidak dapat memberi jaminan kerana pelajar Malaysia masih minoriti dan pelajar Arab kebanyakannya tidak mahu tangguh dan menyebabkan cuti mereka terganggu. Tambahan pula, pihak universiti juga telah mengurangkan beberapa bahagian daripada silibus kita.

Walau apapun, marilah kita sama-sama berdoa agar walaubagaimanapun jadual yang bakal dikeluarkan oleh pihak universiti, merupakan yang terbaik untuk kita yang ditetapkan oleh Allah. Usaha yang semampunya dari sekarang. Jangan bertangguh lagi. Jalan yang paling selamat adalah buat 'back up plan' masing-masing. Jika tak ada rezeki, harapan kita tak dimakbulkan, sekurang-kurangnya kita dah berusaha yang terbaik. Dan kalaupun rezeki kita exam dapat ditangguhkan, maka kita punya 'extra time' untuk mengulang lagi sekali.

Semoga berjaya buat semua. Sama-samalah berdoa untuk kejayaan kita bersama. Dan semoga Allah makbulkan doa dan harapan kita serta dikurniakan yang terbaik.



6)  Jom buat PAST YEAR Questions!!

- Tawaran masih dibuka sehingga 28 Mac 2011 sebelum pembahagian dilakukan.
- Sila hubungi PZAHperlis (0144651585) / ketua / timb untuk penyertaan.
- Pembahagian adalah sama rata bagi SEMUA subjek berdasarkan soalan-soalan tahun lepas.
- 'Task' akan bermula pada 1 April 2011 selama dua minggu iaitu sehingga 14 April 2011.
- Jom cuba! Sekurang-kurangnya kalau xmampu untuk buat semua soalan, kita akan 'terpaksa' buat beberapa soalan ni. Semoga sumbangan dan usaha kalian diberkati oleh Allah dan dapat memanfaatkan diri sendiri juga.
- Kompilasi jawapan akan diedarkan setelah semuanya lengkap dikumpul.
- Klik sini untuk iklan asal :  d3lici0usimym3mine



7)  Skill Lab

- Kumpulan pertama untuk tajuk 'Infection Control and Safety Skills' telah bermula pada hari ini. Kelas tersebut adalah sangat menarik dan bermanfaat. Semoga mahasiswa/wi lain tidak melepaskan peluang untuk menghadirkan diri mengikut jadual yang telah ditetapkan.

- Bagi kumpulan yang terlepas sesi bagi bulan Mac sahaja iaitu sesi sebelum 26 Mac 2011 (tidak termasuk yang tidak hadir), sesi anda akan diganti pada waktu yang sesuai selepas sesi yang telah dijadualkan pada bulan April.

p/s: Jangan risau, course ini adalah wajib dan pihak universiti akan pastikan anda berpeluang untuk menyertainya, pada masa yang sesuai nanti.

- Jadual Skill Lab seterusnya bagi bulan April adalah seperti berikut:

02 April 2011 (Sabtu) : Gp. C40 dan Gp. C44
09 April 2011 (Sabtu) : Gp. C35 dan Gp. C45
16 April 2011 (Sabtu : Gp. C41 dan Gp. C46

Klik sini untuk details tentang Skill Lab for Infection Control

STAR (Study dari Tunjuk Ajar senioR)

Kelas tutor bersama senior secara rasminya menggunakan nama STAR yang merujuk kepada perkataan Study dari Tunjuk Ajar senioR.

Berikut merupakan jadual STAR bagi Tahun 1 dan Tahun 2.

Tahun 1:
Physiology dan Biochemistry: Jumaat, 3.30 petang 

Tahun 2:
Physiology: Ahad, 5.30 petang *(terbaru:ada tambahan di sini)
                  Isnin, 8.00 malam *(masa pun berubah di sini)

Biochemistry: Rabu, 7.30 malam

Anatomy: Khamis, 8.00 malam

Semua kelas akan diadakan di Darul Rahmah.


sebarang masalah, sila rujuk Khalid Shah @ Esteqqama Nordin.

Skill Lab tahun 3 (Group C)







Pengumuman (23.03.2011)

1) Kelas Tutor bersama Senior (STAR):

*Tutor Pharma  :  Khamis (24.03.2011) pada jam 6.20ptg
*Tutor Patho     :  Jumaat (25.03.2011) pada jam 6.20ptg

Tempat : Darul Rahmah (DR)



2) Kelas Tambahan Luar ( Microbiology)

Kelas pertama bagi semester 2 telah bermula pada hari ini (23.03.2011). Bagi sesiapa yang masih berminat untuk kelas ini, sila hubungi Lisa (0114721711) untuk maklumat selanjutnya. Jadual kelas masih belum tetap. Hubungi wakil untuk maklumat tentang kelas seterusnya.



3)  Extra Class by University (Pathology)

Kelas ini akan bermula mulai minggu hadapan pada hari Ahad (27.03.2011). Masa akan dimaklumkan kemudian di Dewan Kuliah/Blog/YM, tapi berkemungkinan pada jam 3ptg di Lab Pathology.. Kami sedia maklum yang hari Ahad memang sangat padat, tetapi Prof. Dr. Basem (dicadangkan oleh senior2) sangat sibuk dan masa tersebut sahaja yang paling sesuai buat masa ini. Maaf sangat2.. Kami masih mencuba untuk mencari alternatif lain. Semoga jadual ini adalah sementara sahaja. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.



4) Extra Class by University (Microbiology)

Kami sedang mengusahakan Prof. Dr. Tameer (spt yang dicadangkan oleh senior2) untuk kelas revision bagi semester 2 ini. Jadi mohon kerjasama mahasiswa/wi yang berminat untuk menyertai kelas ini untuk mengisi borang pendaftaran yang akan diedarkan di Dewan Kuliah atau terus memberi nama kepada ketua/timbalan sebelum hari Sabtu ini (26.03.2011) kerana kertas kerja akan dihantar pada hari tersebut. Jadual kelas akan dimaklumkan kemudian dan akan diusahakan agar masa kelas akan menyenangkan semua mahasiswa/wi.



5)  Extra Class by University (Pharmacology)

Kelas ini telahpun bermula pada minggu ini. Kelas berikutnya akan diadakan pada setiap hari Selasa jam 8pagi di Dewan Kuliah Kecil Department Pharmacology. Revision sekarang adalah berkaitan dengan tajuk GIT. Kami sedang mengusahakan untuk mengadakan revision ini 2kali seminggu. Sebarang maklumat tambahan akan dimaklumkan kemudian.



6)  Skill Lab

Skill Lab bagi semester 2 akan bermula mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Jadual bagi bulan Mac telahpun dikeluarkan. Nantikan post khas mengenai Skill Lab ini untuk keterangan lanjut.

Skill Lab ini adalah wajib dihadiri oleh semua mahasiswa/wi kerana termasuk dalam silibus dan merupakan salah satu lapangan yang wajib dipelajari. Silibus bagi skill lab ini adalah untuk menambah lagi pengetahuan mahasiswa/wi mengenai dunia perubatan di mana silibus ini tidak disentuh oleh buku teks sepanjang 6tahun pengajian.

Bagi tahun 3, silibus yang ditetapkan pada tahun ini adalah bertajuk 'Infection Control and Patient Safety Skill Course'. Jadi,mohon kerjasama semua mahasiswa/wi untuk hadir pada hari yang telah dijadualkan untuk anda. Kedatangan adalah wajib dan akan diambil.



Pembetulan

harap maaf,
kelas pathology tidak dapat dilaksanakan pada hari Khamis sebab dr. Basem ada hal lain.
kelas pathology yang akan bermula Ahad ini.

sekali lagi saya memohon maaf di atas kecelaruan maklumat.

wakil kuliah,
Nazirul Muhsin bin Abdul Aziz

The course of the classes so far..

PHARMACOLOGY
Respiratory Pharmacology - Treatment of bronchial asthma      page 255
Endocrine Pharmacology - Adrenocortical steroids       N/A


PATHOLOGY
Disease of GIT - Acute appendicitis       page 100

MICROBIOLOGY
Spirochetes - Treponema Pallidum      page 94
Medical Mycology - Cryptococcus Neoformans     page 130

PARASITOLOGY


Apicomplexa - Plasmodium species       page 190-202





*buku pharma III masih belum ada. sila dapatkan nota dimaktabah berhampiran anda...

Perubahan Silibus Tahun 3


MICROBIOLOGY



PARASITOLOGY

PATHOLOGY


PHARMACOLOGY



Garis Panduan Keselamatan KBMK BIL. 1 TAHUN 2011









Petikan Garis Panduan Keselamatan KBMK BIL. 1 TAHUN 2011
[Perkara 2] :

2 . Tindakan Serta Merta

2.1 Setiap warganegara Malaysia ( yang bukan pelajar ) yang berada di Mesir dinasihatkan supaya mendaftarkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah melalui salah satu kaedah berikut ;

   2.1.1. mengisi borang secara online di http://kln.gov.my/web/guest/ekonsular
    atau

   2.1.2 mengirim emel dengan menyertakan butir-butir peribadi dan alamat perhubungan   kepada alamat emel : malcairo@kln.gov.my

   2.1.3 menghubungi nombor telefon (002) 02 3761 0013 ( En Ahmed el Wassiff, Unit   Konsular Kedutaan Besar Malaysia Kaherah ).

2.2 Bagi pelajar Malaysia yang berada di Mesir, sila layari laman web Pejabat Education Malaysia Cairo di www.jpmk.info untuk semakan pendaftaran. Sekiranya belum berdaftar, Borang Peribadi Pelajar boleh dimuat turun dari laman web www.jmpk.info dan hantarkan Borang Peribadi Pelajar yang telah dilengkapkan kepada pejabat Education Malaysia Cairo di alamat emel : datapelajarmesir2011@gmail.com

Sumber: Education Malaysia Egypt dan Perubatan Cawangan Mansurah



Kesimpulan:

1) Kini Mesir sedang diperintah oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera. Sila patuhi perintah berkurung yang ditetapkan mengikut perubahan semasa.

2) Pastikan dokumen pengenalan diri sentiasa dibawa bersama ketika keluar rumah. (Sebaik-baiknya KAD PELAJAR/KERNIH, bukan passport atau kad pengenalan).

3) Hindari kawasan perhimpunan dan kumpulan tunjuk perasaan. Jangan libatkan diri.

4) Mulai 11 Februari 2011, waktu perintah berkurung masih berkuatkuasa SETIAP HARI di SELURUH MESIR dari jam 12tengah malan sehingga 6pagi.

5) Hadkan pergerakan/aktiviti yang tidak berkaitan dengan pengajian pada hari Jumaat.

6) Elakkan dari bersiar-siar pada waktu malan secara berseorangan terutamanya bagi mahasiswa.

7) Sila sentiasa 'update' kan diri dengan sebarang perkembangan pada bila-bila masa.

Maulud Nabi & Majlis Kesyukuran

 assalamualaikum,
jemputan khas untuk semua.
free kan lah masa anda untuk ke majlis ini :)