Archive for November 2011

Ophthalmology Assessment - Short Essay

Group 5 ( 9037 - 9103 )









Jadual Round Ophthalmology

Group 1 ( 1st floor )




Group 5 ( 2nd floor )





Segalanya Bermula Di Sini : Kepimpinan Baru Tahun4 Sesi 2011/12

KETUA KELAS SESI 2011/12

Nama : Saiful Aqmal bin Saiful Azhar
Asal : Kuala Kangsar, Perak.
Alamat di Mesir : Syari' Hassan Said


TIMBALAN KETUA KELAS SESI 2011/12


Nama : Nurul Izzati binti Abdullah Zayawi
Asal : Kuala Terengganu, Terengganu.
Alamat di Mesir : Syari' Samanoudi


Pada tanggal 2 November 2011 yang lepas, dengan ini secara rasminya wakil-wakil kelas bagi Sesi 2010/11 telahpun melakukan peralihan kuasa kepada wakil-wakil kelas yang baru setelah dicalonkan dan dilantik secara adil melalui proses pengundian.

Oleh itu, kami, Nazirul Muhsin dan Fathiyah Najib ingin menutup tirai 2010/11 dengan ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada semua mahasiswa/wi yang telah berjaya dengan cemerlang untuk naik ke tahun 4. Semoga tahun ini dan tahun-tahun akan datang akan lebih cemerlang buat kita semua. Semoga ukhwah fillah dan semangat berjuang diantara kita ini akan semakin erat dan tinggi dari hari ke hari.

TAHNIAH juga buat kita semua yang telah berjaya mengharungi perit jerih tahun-tahun teori perubatan selama 3 tahun dengan sangat tabah bersama semangat juang yang tinggi. Dengan daya saing yang sangat positif di kalangan kita, ditambah pula dengan kerjasama yang erat demi membantu antara satu sama lain. Alhamdulillah kita sudahpun berjaya untuk naik satu tingkat lagi dan lebih hampir menuju impian nan satu.

Sekalung TAHNIAH juga diucapkan buat peneraju baru bagi kelas Tahun 4, saudara Saiful Akmal dan saudari Nurul Izzati. Semoga tuhan permudakan segala urusan kalian dan dikurniakan ketabahan serta semangat yang sentiasa berkobar-kobar bagi memajukan ahli-ahli kelas ini. Tuhan sahaja yang mampu membalas khidmat kalian kelak.

Justeru itu, kami mengundurkan diri dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama dan sokongan daripada AJK-AJK lama dan semua mahasiswa/wi sepanjang kami bekerja. Sejuta kemaafan juga dipohonkan sekiranya ada diantara kata-kata yang mengguris hati, sekiranya ada tugas yang tidak selesai atau tidak sempurna dilaksanakan, sekiranya ada kebajikan yang terabai mahupun sekiranya ada mana-mana hal lain yang kami terlepas pandang. Minta dimaafkan dan mohon dihalalkan semuanya.


SELAMAT MENEMPUH ALAM KLINIKAL PERUBATAN TAHUN 4 !!!


Ikhlas dari kami,
Nazirul Muhsin bin Abdul Aziz
Fathiyah Najib binti Fikrey Najib