DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANNI..
Sempena dengan peperiksaan yang bakal kita hadapi ini,ingin saya menukil sedikit kata2 untuk sama2 kita renungi
Perlukah untuk kita berjaya didalam peperiksaan? Jawapannya adalah YA.Kerana kita datang ke mesir untuk berjaya,bukan untuk gagal.Jika untuk gagal dari awal lagi kita tidak perlu bersusah payah untuk ke sini.Renungkan lah sudah berapa ramai dalam kalangan sahabat-sahabat kita yang telah pulang ke Malaysia.salah satu sebabnya adalah GAGAL.
Sahabat-sahabat ku,majoriti(jumhur) daripada kita tidak mempunyai tajaan(pa ma scholar).Jadi ibubapa kita bersusah payah,berhempas pulas mencari duit untuk membiayai pengajian kita.Ada yang buat pinjaman,ada yang pinjam dari sedara mara dan sebagainya.Janganlah kerana kegagalan kita disini menyebabkan kita menjadi seorang anak yang derhaka,yang telah mengecewakan mereka,yang telah menyebabkan air mata mereka menitis membasahi bumi,yang menyebabkan segunung harapan yang mereka letakkan pada kita musnah.Dikalangan kita ada yang anak yatim,mempunyai ibu tunggal,bapa tunggal,jangan lah bebani mereka dengan keputusan peperiksaan kita yang teruk.
Pada mulanya,ketika kita semua berada di airport,semuanya membawa misi dan visi masing2,dengan diiringi dengan semangat yang setinggi gunung.dengan kayakinan yang tinggi dengan mengatakan “aku pasti berjaya,aku yakin akan berjaya,aku yakain akan jadi seorang doktor”.dengan diiringi sanak saudara yang membawa harapan yang seluas lautan.Namun kini harapan kita yang setinggi gunung itu,seumpama sedang terhakis dari puncaknya akibat dihakis oleh kelalaian kita,keasyikkan kita..dihakis oleh sifat MALAS yang membarah dijiwa.Ketahui lah bahawa hakisan itu akan memenuhi selautan pengharapan yang sering didambakan oleh ibubapa kita didalam doanya.Semakin lama lautan pengharapan itu akan dipenuhi oleh semangat kita yang terhakis ..maka hilang la semangat kita yang setinggi gunung dan hilanglah selautan harapan ibubapa kita.(harap2 faham la ye)
Jadi sedarlah wahai diriku dan sahabat2 ku,mari lah sama2 kita bina semangat yang telah terhakis tadi..kita hidupkan kembali harapan ibubapa kita yg hampir kita musnahkan..dan jika kita lemah,kembali lah pada agama kita,kembali lah pada pencipta kita,kerana kekuatan itu datang dari sang Pencipta.
Bangkitlah wahai mujahid dan mujahidah sekalian,ummah memerlukan kita sekarang untuk membangunkan tamadun yang telah lama hancur.sahut lah cabaran datang dari seruan suci ini:
“Marila menunaikan solat,marilah menuju kejayaan”
Betapa besarnya makna seruan ini,dimulakan dengan seruan mengajak solat,menandakan perlunya kita kembali pada Allah,kemudian diikuti dengan seruan mengajak menuju kejayaan.Dapatlah kita simpulkan bahawa untuk mencapai kejayaan perlulah kembali pada Allah terlebih dahulu,kerana kejayaan itu datang dari Allah.ketahuilah bahawa kita sedang memikul harapan dan amanah dari ibubapa kita .Dan yang paling penting kita sedang memikul amanah ummah.semoga Allah memberi kejayaan pada kita semua.wallahualam~
Post a Comment