important UPDATES (17.02.2011)



Maklumat di bawah adalah bersumberkan Facebook Group Global Medic Network (GMN). Berita berikut adalah belum muktanad, di sini sekadar berkongsi maklumat yang disebarkan oleh pihak GMN untuk makluman mereka yang masih tertanya-tanya tentang perkembangan tentang pembelajaran siswa dan siswi di Mesir.

GLOBAL MEDIC NETWORK (16.02.2011) : Berikut adalah points2 dari mesyuarat sebentar tadi bersama syarikat2 dibawah Konsortium Perunding Mesir. Pihak konsortium akan memanjangkan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk segera membenarkan pelajar untuk kembali ke Mesir.

‎1) Pihak kami telah dimaklumkan oleh oleh Universiti yang terlibat bahawa sebarang bentuk penangguhan kuliah dan peperiksaan adalah tidak dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan akademik Universiti. Keperluan untuk mengambil peperiksaa...n dalam kawasan Universiti adalah diwartakan. Dokumen peperiksaan tidak boleh dikelola pegawai sebarangan.
- Cadangan dari pihak tertentu berkenaan penangguhan kuliah, perubahan lokasi kuliah dan peperiksaan ke Malaysia adalah salah dari segi undang-undang dan peraturan Universiti.

2) Perbincangan pihak kami dengan Universiti telah mendapat maklum bahawa pihak pengurusan Universiti tidak bersedia untuk melanggar peraturan hanya demi untuk kepentingan pelajar dari Malaysia sahaja.

3) Pihak Universiti telah mengeluarkan jaminan keselamatan bagi pelajar. Pihak Universiti juga bersedia mengambil tindakan selanjutnya untuk menjamin keselamatan pelajar. Universiti juga akan menyediakan kampus dalaman jika terdapat keperluan dari pelajar.

4) Kehadiran kuliah dan praktikal adalah penting. Kegagalan untuk hadir akan memberi implikasi serius yang negatif kepada pencapaian akademik pelajar.

5) Perlu ditekankan bahawa sifat pengajian perubatan, pergigian dan farmasi adalah berbeza sama sekali dengan pengajian agama.

6) Pelajar-pelajar harus dibenarkan untuk kembali ke Mesir sebelum 6 Mac dan wajib hadir pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Universiti.

Sehingga kini,kita masih menanti keputusan Kerajaan tentang tarikh yang sesuai untuk pulang ke Mesir bagi menyambung pengajian. Diharapkan semua dapat bersabar, bersedia dan sentiasa update kan maklumat diri melalui FB atau blog Medclick.

Memandangkan kuliah mungkin tidak akan ditangguhkan begitu lama, beberapa agensi sedang melakukan survey untuk membantu menguruskan tiket pulang ke Mesir secara pukal. Silalah mendaftar dengan agensi pilihan anda, kedua-duanya adalah yang terbaik. Semua pelajar dialu-alukan tanpa mengira agensi atau bukan agensi dan tidak mengira jenis pengajian anda. Berikut adalah maklumat dan link yang berkaitan :

Global Medic Network:
GMN dan MUAFAKAT akan menguruskan tiket secara block booking atau chartered. Tarikh sekitar 1-5 Mac 2011. Semua pelajar sama ada di Mansoura, Tanta, Zagazig, Cairo atau Alex diterima. Tawaran dibuka kepada pelajar GMN, Agensi lain dan juga pelajar Agama. (link)

update: sehingga harini (16.02.2011) sebanyak 125 pelajar telah mendaftar.
klik sini : Borang Maklumat Penerbangan Berkumpulan (Mesir)

Isi maklumat anda di link di atas dan kami akan follow up mengenai tarikh penerbangan dan harga tiket.

MedicMesir:
Klik sini untuk iklan berkaitan :

MedicMesir usaha dapatkan diskaun tiket ke Kaherah


Borang Pendaftaran Tempahan Tiket Diskaun KLIA - Cairo secara berkumpulan

N.B : Post ini diupdate oleh fathiyahnajib. Sebarang pembetulan atau pertanyaan, sila hubungi +60194107960.

2 Responses so far.

  1. Anonymous says:

    poyo laaaaa...x de point la entry nih.. gmn poyoo.. even cairo n alex pon tak ckp pape..gmn nk sebok apasal..tggu jela ape menteri luar negara cakap..ala poyo3 mcm la ape yg korg bincangkn tuh dpt persetujuan dr menteri luar negara, japgi balik karang dak2 msia kne bom ke, korg ke yg nk jawab..poyo2...nkgi makan nasik lemak la, tiap2 hari tgk brite, tu je yg boleh bwat skarang, dgr jela pe kpt nk ckp ke menteri mane nk ckp ke, keputusan bkn di tangan anda la gmn

  2. mat rempit says:

    assalamualaikum wbt

    haha. ikut la gmn, xheran sangat pun

    tapi ni dah kuar tarikh start kelas mansurah kan? 5hb 3 xsilap aku
    so ni GMN letak harga berapa bagi sampai mansurah?
    klu murah aku amik, kata nak buat pukal
    klu time ni pun nak amik untung, bleh blah la wei.

    aku bagi cadangan, tolong buat post untuk harga-harga tiket bagi mana2 agen/pihak yg ingin buat pukal. so, kita student boleh compare. terima kasih jika ada yg sudi membantu

    Assalamualaikum wbt