Majlis Ramah Mesra

Perhatian kepada seluruh ahli MedClicks, insyaAllah satu majlis ramah mesra bersama Kedutaan Malaysia Kaherah, Education Malaysia dan Pegawai Kebajikan Anak-anak Negeri akan diadakan pada:

Tarikh: 26 Disember 2011
Hari: Isnin
Masa: 3.00 petang
Tempat: Dewan Abu An-Nagga

Sukacita dimaklumkan, MedClicks diperuntukkan sejumlah kuota pelajar untuk hadir ke majlis tersebut. Kehadiran adalah diutamakan kepada pelajar yang benar-benar mempunyai urusan-urusan yang berkaitan dengan pihak-pihak di atas.

Kepada pelajar yang berminat, anda diminta untuk menulis nama di dalam ruangan komentar di bawah. Admin memperuntukkan sebahagian tempat untuk lelaki dan sebahagian tempat lagi untuk perempuan.

Senarai pelajar yang akan menghadiri majlis tersebut akan dikeluarkan sebelum jam 8 malam ini. Kehadiran adalah wajib kepada pelajar yang telah tersenarai.

Perlu diingatkan, kehadiran adalah diutamakan untuk pelajar yang mempunyai urusan. Walau bagaimanapun, jika kuota yang diberikan tidak dapat dipenuhi, satu surat jemputan akan diedarkan kepada pelajar yang terpilih.

Sebarang persoalan boleh diutarakan di sini atau hubungi

Saiful Aqmal bin Saiful Azhar 0111-2587738
Khairul Asyraf bin Abdul Rashid 0111- 3046365

Setiausaha
Majlis Kelas Tahun Empat

One Response so far.

  1. ~YuYu~ says:

    farhanah binti zakariya
    & sarah adiba binti radhowan-nak pengesahan untuk memohon biasiswa.

    umi nazirah binti mohammad khaironi-mengisi masa lapang sambil temankan housemate..