Majlis Solat Hajat & Bacaan Yaasin

From Saiful Aqmal

Bismillahirrahmanirrahim.

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin MedClick 2011/2012

Saya mewakili AJK Kelas pada tahun ini menjemput seluruh ahli MedClick untuk hadir bagi solat hajat dan bacaan Yaasin, dan memohon doa kepada ALLAH agar dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan akhir nanti.

Tarikh : 20 Mei 2012
Hari : Ahad
Masa : 6.30 petang
Tempat : Qaah Ibnu Sina

Tentatif:

6.30 petang : Kehadiran
6.45 petang :
- Azan Maghrib oleh __________
- Solat Maghrib diimami oleh ____________
- Solat sunat Hajat diimami oleh _____________
- Bacaan Yaasin dan tahlil dipimpin oleh _____________
- Tazkirah oleh ______________

8.17 malam :
- Azan Isha oleh _________
- Solat Isha diimami oleh __________
- Jamuan ringan

Saya menjemput semua untuk hadir sebelum azan Maghrib, kerana solat akan terus didirikan selepas itu (tiada sunat muakkad untuk Qabliah Maghrib) dan majlis akan diteruskan sejurus selepas itu.
_____________________________________________

Jamuan ringan adalah berbentuk pot-luck. Hadirin dipersilakan untuk membawa juadah untuk 'dihadiahkan' kepada sahabat-sahabat yang lain. Minuman akan disediakan oleh AJK Kelas
_____________________________________________

Saya mempelawa ikhwah yang lunak suaranya, baik bacaan al-Fatihahnya (sudah mengcukupi) untuk menjadi muazzin dan imam. Saya percaya umur sekurang-kurang 22 tahun daripada kalangan kita sudah baligh keseluruhannya, jadi mana mungkin bacaan al-Fatihah masih terkial-kial. Sila cadangkan nama.
______________________________________________

Ikhwah mari kita bincangkan juadah apa yang hendak dibawa.

Sekian, harap maklum