Archive for 2015

▪ happy HO ▪

Asalammualaikm sahabat/sahabiah sekalian. Macam mana hari-hari anda bagi yang dah kerja? 
Bagaimana pula yang Allah bagi cuti lagi ? 

Petua Untuk Hidup Sentiasa Gembira Sepanjang Masa

1. Bersyukur - Bersyukur kerana anda masih diberi nafas semasa bangun dari tidur dan dapat melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah s.w.t.. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuk melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam.


2. Tekad Bermotivasi.- Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan-bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca surat khabar, baca gosip-gosip bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik. Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat.

Suatu malam yang indah , asyiknya tengah duduk saja-saja, sekali tergerak hati tengok telefon mudah alihku. Tiba-tiba dia group kami "belladonna [Medclick]" kecoh sekejap, masing-masing tengah menenangkan antara satu sama lain, membuatkanku yang belum bergelar HO pon mula bersemangat,hilang takut sekejap untuk ke alam pekerjaan...

Si A :
Korangggggg plisss plisss jgn breakdown lagii.. no such thing of im not fated to be a doc ke apa.. dh habis blaja pon ape pulak not fated.. dh push habis2 6tahun.. jgnla sia2 kan lgi 2tahun ni..Preggy mom boyot dkt 7 bln ni pon still standing and insyaAllah will be standing strong enough.Korang kena kuattt taw.. kena marah tu buat derk je jgn masuk kepala pon.. jgn bawa balik rumah pn. Just anggap kita first poster mmg adatlaa nk kena marah2 ni..Lgon bnda baik utk kita jgn.. you'll see the silver lining later on.Ad kakak snr ni egypt gak.. mengandung ms first poster kt surgical.. beranak elok je term baby..
Si B :
kena marah tu ok lgi. Rasa diri ni bodo tak tahu pape lagi laaaaaaa, tu yg buat down tahu tak...
Si A :
Its all in our mind.. nak buat ke taknak.. betull mmg akan down..Tpiii jgn putus asa..jgn pk pnjg2 just let it go..Kita tahu dh limit takat tu.. itu akn push kita akn move on lgii..Usahakan utk prove balik.. dorg bkn nk tgk knowledge sgt pn.. attitude tu yg pnting..sy dh masuk tag day11 dah.. work eveyday kuar umah 620 cmtu.. balik umah 1020 mcmtu.. sama je mcm korg..Sakit kaki lah.. edema leg lah..But because i want to do it.. so i do it!! Korang on boleyhhhhhhh..Mmg ad some part yg nk gave up.. me myself pn ada, tpi alih phatian.. jgn pk lagi.. dhla dua2 hsbnd and wife pon tgh tagging jgk.. sama2 stresssss.. Tpi bila jumpa xyah ckp psl bnda tu.. xyah pk bawa balik umah pon.Cakap pasal bnda lain..baik pegi enjoyyyy

Si B:
Ok A
Thank you, bagi semangtttt
I need thissss
Today off so banyak gila benda pk
Smabil vacum satu rumah sambil nanegjh
Hahahahhaha

Si C menyampuk :
me is offdayy juga hrini! haha senior pesann offday jangan studyy, hehe(bahagian ni,saya suka, tak yah study. Hihi )

Si A membalas:
Hahahaahhaah comellll sgt vacuumm smbil nanges..

Si B:
Hahahahhaha
Tak comel la, A

Si A bagi harapan :
Stgh org stress management lain.. nk nanges ke nk luahkan tu blh.. tpi jgn biar blarutan.. cerita je lpstu jgn sntuh lgi.. just let goii

Si B membina harapan :
Goi goi goii
Baik, C

Si A bagai ibu,menyambung lagi kata-kata semangat :
Nk nanges pn sama.. nangess skaliii je puas2 lpstu recover urself.  But sy prefer xnanges dan xcerita sbb klu buat nti msti akn lebih rapuh.. dan ada continue stories dia bkait2

Si B :
Meh la kte meng goi kan semua benda negative ni
Betul la,A

Si A menambah :
Esok nanges pk lagi... hritu dh kena hrini kena lagi.. haa xke mkin besar bebann..

Si C cuba menceriakan keadaan :
bwayyy sape kenal kak jijiii die houseman kat hospt sy ni 😂 jumpe die balik postcall kelmarin .
and first poster die adelahh medical , and die pesan "okayy je , yg penting jangan buat MO marahh and masa tagging perhati betul2 then nanti tiruu

Si D menambahkan semangat para pembaca :
Korg jgn give. Kita hrtu menangis dkt ED department kot. Dkt bilik utiliti tapi after that ok dah. Sometimes kita mmg kne vent out jugak kerja kita mmg stress

Si E mengungkit kenangan lama, terus memberi semangat:
B, yg sentiasa smgt kat kls. Pls don't give up okay!

Si F kongsi lagu faizal tahir gemuruh sambil menceritakan hal beliau :
Specially to all my loves one
I pon ada nangis di surau wad pastu specialist masuk
Tlg doakan sama2 kita semua <3

Si G, dengan keadaan ingin tahu dan nasihat :
Pastu ape jd , F
Spec ade ckp pape x
Xde pujuk ke
Mase tagging ni kite go with the flow dl..Huhu

Si H cuba menenangkan suasana :
xpe. yg ptg we share the same feeling
we r not alone hehe

Si G:
Yeahhh

Si H dengan senang hati berkata :
tq girls luah perasaan kt cn. i mmg akan bace.cume sometimes sbb bz xsmpt nk luah
i today off. mmg berkepit je ngn parent ha ( cara menghabiskan masa, sy suka, sy suka )
im still theor babiesss.

Si A mula kembali :
we are strongggg

Si F kembali mencaritakan perihal beliau :
Specialist senyum..dia kata nak tdo.. Tdo la.. Huhu..sy segan pastu bangun.. Ckp nk g amik wuduk...pastu blk amik wuduk dia kata kene kuat..pastu dia suruh hafal electrolyte correction n some medical emergency management..
Dia kata skrg dh ramai..ada dlm 5 org jaga 1 wad..dulu 2- 3 org je.. Kene kuat dia kata sambil banyak senyum

Begitu sahabiah saya, hebat ! Saling membantu , mengingatkan antara satu sama lain,saya harap,masa kami tengah stress, ada la adegan ini akan berlaku lagi,insyaAllah. Sesungguhnya , kita hidup dlm masyarakat itu satu nikmat, adapon kata-kata negatif perlulah di biarkan berlalu seperti angin sepoi-sepoi bahasa. 
Cerita ini hanya adaptasi dari sahabiah saya yang baik hati, saya rindu kalian, rindu zaman belajar dulu kala. Terima kasih kawan-kawan.

 4. Dalam apa jua yang anda buat, mulakan dengan Bismillah. Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan Bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.

6. Maafkan semua orang sebelum dan selepas bangun daripada tidur. Maafkan insan di sekeliling anda. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila anda memaafkan insan lain.

7. Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi kecemerlangan hidup. Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita


#carilahalfatehdalamdirimu 
#keyboardworrior 
#pejuangperubatan 
#jihadkesihatan 

Kalisan hati dek ama ((*)*))

..:pakar itu dari seorang HO:..

‪hatta hospital swasta perlukan doktor paling minima sudah graduasi dari houseman


Acapkali apabila datang ke hospital kerajaan, ramai yang enggan dan tidak mahu diperiksa dan dirawat oleh doktor pelatih (HO).
Alasan mereka adalah doktor pelatih sebenarnya tidak tahu merawat, tidak cekap dan khuatir perkara2 ini boleh memudaratkan pesakit.
Kerap kali apabila melihat doktor pelatih yang memakai white coat, masyarakat akan mencebik muka dan meminta supaya doktor senior (MO atau pakar) saja yang melihat mereka. Malah ada yang akan memarahi dan tidak kurang juga yang menghalau doktor2 pelatih ini.
Masyarakat harus faham, MO dan Pakar yang mereka pinta itu juga sebenarnya adalah HO satu ketika dahulu. Mereka tidak dilahirkan sebagai MO yg cekap sekelip mata seperti Spiderman menjadi hebat setelah digigit seekor labah2 makmal. Mereka menjadi hebat dan cekap hasil daripada peluang dan ilmu yang anda semua (para pesakit kami) berikan sebenarnya.
Doktor yang melihat dan merawat lebih banyak kes akan lebih banyak belajar dan menjadi lebih cekap. Of course bakat dan kecerdikan juga memainkan peranan yg akan membentuk watak dan peribadi seseorang doktor.
Jika seseorang doktor pelatih itu tidak diberikan peluang untuk belajar, mana mungkin mereka boleh menjadi doktor yg hebat satu hari nanti?
Ini adalah kerana jurusan doktor ini bukanlah ilmu yang dipelajari di dalam buku atau melalui google sahaja. Sebaliknya bidang ini memerlukan latihan amali bagi tujuan menjaga kelestarian kualiti doktor dan kepiawaian standard yang terpelihara zaman berzaman demi kesejahteraan manusia sejagat.
Pada era viral memviral ini, mungkin ramai yang mendengar 'pengalaman2 ngeri' dirawat oleh doktor pelatih. Cerita2 ini jika ada kebenarannya pun hanyalah merupakan kes2 terpencil yang tidak sepatutnya di hukum pukal kepada semua.
Jangan hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Masyarakat tidak perlu risau kerana segala keputusan rawatan dan ubat2an yang diberikan adalah diputuskan oleh doktor senior (MO) sekurang2nya dan akan juga dipantau oleh pakar.
Doktor2 pelatih biasanya akan terlibat di dalam perkara2 teknikal sahaja seperti mendapatkan history (berbual dgn anda utk mendapatkan sejarah cerita pesakit), membuat pemeriksaan badan dan juga mengambil darah.
Ya. Part mencucuk utk mengambil darah inilah yang paling sensitif pada masyarakat. Mereka katakan, "doktor2 bodoh ini tidak geti buat kerja dan cucuk banyak kali. Aku kena bising dan marah, baru doktor senior datang. Doktor senior mai cucuk sekali je dapat. Bodoh punya doktor pelatih!". Ditype dan diupload di facebook. Lalu bermulalah tsunami makian ke atas penjawat awam tak kira peringkat sambil mereka berkongsi cerita2 ngeri mereka sejak 100 tahun yang lampau berurusan di hospital kerajaan.
Banyak faktor doktor tidak dapat mengambil darah dgn mudah sebenarnya. Kebanyakannya adalah kerana faktor pesakit itu sendiri yg mempunyai urat darah yg halus atau tak kelihatan. Juga pesakit kanak2 yang kerap menarik tangan mereka apabila dicucuk. Jika urat kelihatan timbul, hampir mustahil seorang doktor pelatih untuk gagal mencucuk dan mengambil darah.
Ya, mencucuk dan mengambil darah memerlukan teknik yang tertentu hingga mudah bagi doktor senior melakukannya. Tetapi anda harus ingat doktor senior tersebut menjadi cekap seperti itu dek kerana ribuan blood taking yg telah dilakukannya ketika dia HO.
Mungkin ada yang berkata, saya atau waris saya bukan bahan eksperimen utk doktor pelatih. Kami tak pernah anggap anda demikian. Kami anggap anda adalah guru kami, yang memberikan kami peluang untuk kami belajar dari anda. Saya sendiri berterima kasih kepada ribuan pesakit2 saya yang telah membenarkan saya melakukan prosedur ke atas mereka hingga saya bergelar pakar hari ini. Hanya Allah Taala saja yang boleh membalas jasa kalian.
Mengenangkan betapa pentingnya peluang untuk doktor pelatih belajar, saya sendiri apabila mahu mengambil darah untuk diri saya, saya akan minta doktor2 pelatih, malah pembantu pegawai perubatan untuk melakukannya. Malah ketika isteri dan anak saya sakit, saya benarkan juga doktor pelatih mengambil darah mereka. Alhamdulillah, tidak berlaku insiden perlu dicucuk lebih dua kali setakat ini. Allah memudahkan apabila nawaitu kita mulia.
Ramai yg mengatakan bahawa hospital swasta jauh lebih baik dari hospital kerajaan dalam soal ini. Hospital swasta tidak ada doktor pelatih utk 'eksperimen' atas anda. Jadi lebih mudah darah diambil oleh mereka2 yg cekap.
Hakikatnya, benarkah begitu? Ketika ibu saya dimasukkan di hospital swasta dulu, mereka gagal untuk mengambil darah beliau dan memasang branula. Hingga saya sendiri yang memasang branula dan mengambil darah untuk ibu saya. Lihat....Masalah yg sama juga berlaku di hospital swasta. Sama sahaja. Ia masalah yang berlaku di mana2.
Bezanya cuma satu:
Di hospital swasta, setiap kegagalan memasang branula, penggunaan syringe, kapas dan alkohol swab, serta upah melalukan prosedur akan dicaj kepada anda. Sungguhpun saya sendiri memasang branula terhadap ibu saya, saya dicaj untuk prosedur yang saya lakukan sendiri. 😝😝😝 (berpuluh ringgit juga mereka charge).
Di hospital kerajaan cabuk yg dipenuhi doktor pelatih pula, kegagalan memasang branula dan mencucuk banyak kali, akan dianugerahkan makian dari anda dan seluruh alam (selepas kena viral) sambil anda membayar lumayan kepada kami sebanyak satu ringgit. Thanks uols. 
From fb Abdul Rahman Abdul Kadir

Buah cempedak diluar pagar,

Ambil galah TOLONG jolokkan,
Kami HO baru belajar,
Kalau salah TOLONG tunjukkan.

Sekian , terima kasih
Wallahualam

#carilahalfatehdalamdirimu 
#keyboardworrior 
#pejuangperubatan 
#jihadkesihatan 
Kalisan hati dek_ama ((*)*))

● Ahlan 1437 ●

Hai medclickers sekalian ! ✋
● Assalamualaikum ●
Salam muharam 1437,
sekian lama blog ini berhabuk,justeru itu,izinkan saya menconteng sesuatu pada kekelabuan sang debu. Awas ya, ini bukan debu Mesir,Mansurah lagi ya ! 
Mabrook alaik !

Alhamdulillah,syukur kepada Ilahi 
Dalam tahun ini sahaja banyak perkara telah berlaku
Tahun ini kita habiskan final exam
Tahun ini kita graduasi tanpa keputusan
Tahun ini kita dapat keputusan imtihan
Tahun ini kita ditemuduga 
Tahun ini juga sebahagian kita sudah bekerja
Dan tidak ketinggalan,tahun ini juga kita beraya lengkap 2 hari raya di tanah air sendiri
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah
Tahniah,mabrook,congrate !
    
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh kucari 
Mana nak sama memori indah bersama korang !
Be happy everybody ☺
Akhir kalam, tidak kira di mana kamu berada, dan ketika , semoga kamu semua dalam keadaan gembira hendakNya. Sedikit perkongsian dari senior Mansurah kita, kak Syamilah Mohamad, beliau berpesan :

snack paling baik ada dalam poket , adalah KURMA !


● kalau ada procedures apa-apa, offer diri untuk membuatnya,kalau takut,observed dulu, selepas itu, minta untuk dibuat


jangan malas time tagging,biar kita belajar sebanyak mungkin time tagging ni 


●kalau ada tak faham tanya


tulis semua drug yang common di wad,term tak faham,disease kita tak ingat,formulakan dalam buku kecil,selepas itu, nanti ada masa review and make revision 
Kredit to : wanikelate
Dedikasi khas kepada warga medclickers !
Sekian , terima kasih
Wallahualam

#carilahalfatehdalamdirimu 
#keyboardworrior 
#pejuangperubatan 
#jihadkesihatan 
Kalisan hati dek_ama ((*)*))