Bismillahirrahmanurrahim..
Wahai penuntut ilmu.
Ikhlas lah dalam menuntut ilmu
Sabda Rasullulah SAW:
“Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali amal yang ikhlas untukNya(Allah) dan hanya untuk mencari ridhaNya”(HR Nasai)
Ketahuilah sekiranya seseorang yang mempelajari ilmu itu hanya untuk kepentingan diri dan hanya untuk mendapat kepentingan dunia,maka sia-sialah usahanya.langsung tidak mendapat pengiraan di sisi Allah.Dia mengejar dunia yang sementara dan yang dihina oleh Allah,dan meninggalkan akhirat yang kekal dan yang dimuliakan Allah.Apakah kita tidak memikirkan bahawa betapa bodohnya orang yang mengejar kehinaan dan meninggalkan kemuliaan.
Apakah tujuan kamu menuntut ilmu
Ketahuilah bahawa seseorang yang alim pernah berkata:
“ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang membawa perasaan takut kepada Allah”
Maka tujuan menuntut ilmu itu sendiri adalah untuk membawa rasa takut kita kepada Allah.Firman Allah:
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hambanNya adalah ulamak(yang mempunyai ilmu)”(Fathir:28)
Ketahuilah,bahawa semua ilmu yang di pelajari datangnya dari Allah melalui al-Quran,sunnah dan juga melalui penciptaanNya.Sudah tentu jika seseorang itu mempelajari sesuatu ilmu ,maka ilmu itu akan membawa kepada makrifatullah(mengenal Allah),Lalu dengan makrifatullah itulah yang akan membawa perasaan takut kita kepada Allah.
Bukan sahaja ilmu agama itu yang membawa takut kepada Allah,malah ilmu lain juga boleh membawa perasaan takut dan bertambah keimanan kepada Allah.Misalnya dalam ilmu perubatan,Sepertimana kata ibnu rusy,seorang ilmuan islam yang lampau:
“Seseorang yang menyibukkan diri dengan ilmu anatomi maka akan bertambah keimanan”
Kebesaran Allah yang terdapat didalam ilmu anatomi boleh mendorong seseorang itu bertambah ketaqwaan dan keimanannya.namun,sekiranya seseorang itu walaupun bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah keimanannya maka dia sangatlah rugi dan jika tidak bertambah ketaqwaannya sememangnya di mempelajari ilmu itu bukan untuk mendapat redha Allah. Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang bertambah ilmunya sedangkan hidayahnya tidak bertambah,maka ia hanya bertambah jauh dari rahmat Allah”(HR Abu Mansor Ad Dilami,dengan sanad yang doif)
Maka sahabat-sahabat sekalian,marilah kita perbetulkan niat kita kembali untuk apakah kita menuntut ilmu dan perlu kita ketahui tujuan kita menuntut ilmu.Ilmu di sini bukan terbatas pada ilmu agama sahaja tetapi ia juga merangkumi ilmu-ilmu yang lain termasuk ilmu perubatan.
Di sini saya sertakan juga adab-adab sebagai seorang pelajar agar boleh kita amalkan.Semoga dengan itu kita beroleh keberkata yang banyak.kerana seorang ulamak pernah berkata:
“Jadikanlah amalan yang kamu lakukan umpama garam,dan jadikanlah adab yang kamu lakukan umpama tepung”.
Sesunggunya,tepung itu lebih halus dan lebih banyak manakala garam itu besar dan sedikit.Jadi dari kata-kata di atas dapatlah kita ketahui bahawa adab untuk melakukan sesuatu sangatlah penting.
ADAB-ADAB SEORANG PENUNTUT ILMU
1.Apabila ia menemui gurunya maka hendaklah ia memberi salam kepadanya terlebih dahulu.
2.Jangan memperbanyakan berkata-kata di hadapan gurunya.
3.Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya.
4.Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin.
5.Jangan ia menyangkal perkataan gurunya seperti ia berkata si pulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu.
6.Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya,maka ia akan menyangka bahawa ia lebih tahu dari gurunya.
7.Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk di tepinya ketika gurunya memberi pelajaran.
8.jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan dihadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang bersembahyang.
9.Jangan ia memperbanyakan soalan kepada gurunya ketika gurunya letih.
10.Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormati gurunya.
11.Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika gurunya bangun setelah habis pengajian.
12.Jangan bertanya kepada gurunya di tengah-tengah jalan sehingga ia sampai kerumahnya atau ke tempat duduknya.
13.Jangan buruk sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya(bukan menyalahi agamanya)maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya.
(diambil dari kitab BIDAYATUL HIDAYAH,karangan AL-IMAM AL-GHAZALI r.a)
Maka sebagai seorang penuntut ilmu hendaklah menjaga segala adab-adab agar lebih mendapat keberkatan,dan buat lah sesuatu mengikut kemampuan kita kerana Islam tidak membebankan penganutnya,sabda Rasulullah SAW:
"apabila aku menyuruh kamu membuat sesuatu perkara,maka buatlah mengikut kemampuan kamu"
Semoga perjalanan sebagai seorang penuntut ilmu mendapat ganjaran dari Allah.wallaua’lam.
DARI HAMBA YANG HINA...
(maaf jika penulisan di atas mempunyai kelemahan yang byk,kerana ia di tulis oleh insan yang kurang ilmunya,sebarang kritikan boleh beri komen kat shout box)
Post a Comment