TITLE : PSYCHOLOGY - kelas terakhir dan buku department

Kelas Terakhir:

Tarikh : 28 Mac 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Tingkat 1,Bangunan Farmasi (tingkat bawah dewan kuliah biasa)


p/s: Mengikut pengalaman senior, pada kelas yang terakhir doktor akan senarai pendekkan tajuk-tajuk penting bagi final exam.

Jadi, diharapkan agar semua mahasiswa/wi dapat hadir bagi mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai sistem peperiksaan yang akan berlangsung pada 29 Jun 2010 kelak.

InsyaAllah, sebarang kemusykilan juga boleh diajukan pada hari tersebut.



Tempahan Tambahan Buku Psychology Department:

Harga : 30ghenih
Sumber : Psychology Department, Mansoura University.


Buku yang telah ditempah pada awal tahun telah diedarkan pada hari ini. Di atas permintaan segelintir mahasiswa/wi, wakil kelas membuka sekali lagi peluang untuk tempahan.

Buku yang telah siap dicetak masih ada di department psychology. Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk membeli buku tersebut, sila hubungi wakil bagi subjek psychology dengan menghantarkan SMS (nama) berserta duit 30 ghenih.

Tempahan hendaklah dibuat sebelum hari sabtu (27 Mac 2010) jam 9pagi berserta duit. Sila ambilperhatian, tempahan yang tidak disertakan duit sebelum tamat masa tempahan, tidak akan dilayan.

Bayaran boleh dibuat pada pagi sabtu atau dihantarkan ke rumah wakil subjek psychology.

Tempahan boleh dituntut pada hari yang sama (Sabtu) selepas kuliah Physiology CNS (pukul 3-5ptg).

Kerjasama semua amat diharapkan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan. Tempahan kali ini adalah yang terakhir. Harap maklum.


Untuk SMS tempahan, sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi:
SISWA : Adli Jihad (0114721781)
SISWI : Fathiyah Najib (0119948531)



p/s: Bagi pelajar yang tidak berminat untuk membeli buku gamaah, bolehlah mendapatkan nota psychology di Maktabah Salam (tempat biasa) atau Maktabah Al-Fagr (berhadapan kuliah tib'asnan). Tetapi, nota tersebut tidak dijamin lengkap mengikut syllabus terbaru pada tahun ini.
Cetakan semula buku department (30ghenih) juga sebenarnya adalah tidak digalakkan menurut pandangan Islam. (peringatan sahaja, anda berhak memilih)


Selamat Menghadapi Peperiksaan buat semua!
Semoga dipermudahkan segala urusan kita..
Dan semoga kejayaan milik kita bersama..

Pihak wakil psychology memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat sebarang cacat cela atau terkasar bahasa sepanjang kami dipertanggungjawabkan memegang subjek ini.
Maaf juga di atas kelewatan pengurusan tempahan buku di atas beberapa masalah dengan department physiology di hospital yang lewat membuat cetakan. Sekian

2 Responses so far.

  1. Saiful Aqmal says:

    Penggunaan bahasa Melayu untuk iklan Najib adalah yang terbaik!

    Pengumuman rasmi sebegini harus dikekalkan dalam format penulisan bahasa Melayu yang formal.