Tatacara Penggunaan Kad Pelajar Keluaran Mansoura University.

1. Hanya para pelajar yang telah selesai menjelaskan yuran tahunan bagi tahun akademik berkenaan sahaja yang layak mendapatkan kad pelajar.

2. Kebiasaannya, kad pelajar yang telah siap dapat dituntut di Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Perubatan.









3. Kad pelajar hendaklah diaktifkan dengan membawa kad tersebut ke Pejabat Wakil Kuliah di Aras 1, Bangunan Pentadbiran Fakulti Perubatan. Selesai pengaktifan anda akan diberikan satu kata laluan (password) sementara.

4.Pastikan anda mempunyai sambungan dengan internet. Buka halaman http://mudb.mans.edu.eg/muQA/QA/QAlogin.aspx dengan menggunakan browser Internet Explorer sahaja.




5.Pada ruangan رقم المستخدم , taipkan nombor ID kad anda yang boleh didapati pada bahagian kiri sebelah bawah kad anda. Klik pada bulatan طالب dan pada ruangan كلمة المرور , masukkan kata laluan sementara yang diberikan. Klik pada دخول .

6. Anda secara automatik akan diminta untuk menukar kata laluan yang diberikan kepada kata laluan baru mengikut pilihan anda. Taipkan kata laluan baru pada كلمة المرور الجديدة dan taip sekali lagi kata laluan baru tersebut di ruangan أكد كلمة المرور الجديدة.

7.Satu halaman baru akan dipaparkan. Pada ruangan sebelah kanan, klik pada
2009/2010 تقييم العلمية التدريسية . Seterusnya, klik pada نظام عام الدراسى .





8. Bergantung kepada tahun pengajian pelajar, senarai nama jabatan-jabatan di Fakulti Perubatan akan dipaparkan. Klik pada jabatan yang pertama di dalam senarai tersebut.

9. Anda akan dibawa ke halaman seterusnya. Klik pada butang English pada bahagian atas sebelah kiri untuk mengalihbahasakan halaman tersebut.



10. Sila jawab semua soalan maklum balas yang disediakan di dalam halaman tersebut. Diingatkan, anda mesti menjawab SEMUA soalan yang disediakan. Bagi soalan maklum balas pensyarah dan tutor, sila pilih sekurang-kurangnya tiga nama yang pernah mengajar anda.

11. Klik pada butang Show Menu pada bahagian atas sebelah kiri. Rujuk ke menu sebelah kanan anda dan klik pada jabatan-jabatan yang berikutnya untuk mengulang semula proses menjawab soalan-soalan kaji selidik yang disediakan.

12. Setelah anda selesai mengulangi proses menjawab soalan kaji kaji selidik tersebut untuk semua jabatan, anda kini berpeluang untuk melihat keputusan-keputusan peperiksaan yang lalu. Klik pada
نتيجة اعمال السن untuk melihat keputusan peperiksaan pertengahan tahun atau klik pada النتيجة untuk melihat keputusan peperiksaan akhir.

13. Keluar daripada halaman ini dengan klik pada butang خروج .











_thanks to saiful aqmal (^_^) _