TARIKH : 21.10.2010
MASA : 7.30 malam
TEMPAT : DARUL RAHMAH
ANJURAN : Unit Akademik PCM
- Penerangan mengenai cara untuk menguasai dan skor setiap subjek
- Taklimat format peperiksaan dan maklumat berkaitan subjek-subjek tahun 3
- Perkongsian cara belajar yang efektif untuk setiap subjek yang berbeza
- Peluang untuk bertanyakan apa jua tentang pembelajaran sepanjang tahun 3
Jangan lepaskan peluang keemasan ini.. Mungkin bagi yang masih belum mendapat semangat dan gambaran yang menyeluruh tentang perjalanan tahun 3 akan memperolehi sesuatu untuk dibawa pulang, insyaAllah.
Jom sama-sama kita menghadirkan diri! Semoga dari titik inilah kita dapat bermula hari esoknya dengan penuh keazaman dan motivasi diri yang baru. Sedikit pengorbanan masa untuk malam ini, demi kejayaan yang berganda di penghujung tahun ini.

Mungkin ada di antara cara belajar kita yang tidak tepat sebelum ini, maka inilah masa untuk kita mengubahnya. Masa untuk mencari pilihan dan memilih cara belajar yang paling efektif untuk kita. Diingatkan kepada semua, tahun ini kita akan menghadapi subjek-subjek baru yang tentunya asing dan berbeza dari apa yang dihadapi 2 tahun lepas.
Jadi, penerangan yang akan diberikan oleh kakak-kakak dan abang-abang kita ini amat berharga dan tidak patut disia-siakan..
Jadi, penerangan yang akan diberikan oleh kakak-kakak dan abang-abang kita ini amat berharga dan tidak patut disia-siakan..
-----------------------------------------------------------------------
p/s: Bagi sesiapa yang masih berminat untuk menghadiri program ini dan belum memberikan nama untuk tempahan 'handout', bolehla menghubungi ketua atau timbalan ketua sebelum jam 1.00 tengah hari esok.. Bagi yang ingin hadir di saat akhir juga sangat-sangat dialu-alukan.. tetapi 'handout' akan diberi pada hari berikutnya..
Musyrif bagi siswi akan ditetapkan mengikut kawasan tertentu. Jadi, sesiapa yang memerlukan khidmat musyrif untuk ke Darul Rahmah, sila hubungi Ketua kelas untuk mendapatkan no. telefon musyrif anda. Musyrif selepas program juga akan disediakan. Harap maklum.
Sebarang masalah/pertanyaan, sila hubungi:
Nazirul Muhsin (0114721771)
Fathiyah Najib (0119948531)
Post a Comment