pengumuman ~

Salam,

Memandangkan kelas tuisyen sudah bermula, penggunaan musyrif di kalangan mahasiswi untuk ke kelas tuisyen perlu diperketatkan.

Ekoran 3 kes yang dilaporkan baru-baru ini melibatkan gangguan seksual oleh pemuda Arab kepada mahasiswi-mahasiswi Mansurah di kawasan sekitar Samanoudy. PCM menyarankan kepada semua mahasiswi supaya berjaga-jaga apabila keluar pada siang hari dan menggunakan musyrif pada malam hari.

Selain itu, elakkan memakai pakaian yang mencolok mata dan menarik perhatian kaum lelaki.

Kepada ikhwah-ikhwah, diminta meluangkan sedikit masa supaya  menjadi musyrif untuk kebaikan bersama.

Sama-sama kita mencegah sebelum terkena.

Wasalam

Muhammad Hanif bin Mahamud,

Timbalan Pengerusi 1 PCM 09/2010