celoteh parasitology~

Assalamualaikum semua...
 
hari ini,jom kita sama-sama kongsi sedikit ilmu berkenaan dengan Protozoa.
 
1)Apa itu Protozoa?
organisma satu sel dan eukaryotes.lebih mudah jika kita bayangkan,protozoa ini adalah haiwan yang terawal(termundur) dalam heiraki carta organisma.ini kerana ia boleh hidup sendiri dan melakukan proses kehidupan dengan cara paling simple walaupun die terdiri dari satu sel saja.


2)struktur die macam mana ekk?
macam sel lain ada cytoplasm dan nucleus.cytoplasm kita bahagi kpd dua iaitu ectoplasm dan endoplasm.

ectoplasm adalah organ untuk die bergerak dan die makan.seperti flagella digunakan untuk berenang dan cytostome untuk kenyangkan perut die.

endoplasm adalah berkenaan dengan metabolism.die ada kantung makanan yang dipanggil food vacuoles sebagai contoh.

nucleus die macam la nucleus sel badan kita cuma ada sikit saja perbezaan.jom kita rujuk buku sama-sama.

3)Biology die pulak?
-cara die nak jalan :guna Psedopodia,flagella dan cilia.tiga alat ni digunakan untuk die jalan-jalan cari makan dan bersiar-siar melihat keindahan alam.

-nak hidup,kena bernafas :sebab die sel haiwan,die terpaksa guna gas oksigen untuk bernafas.die ambik gas tu dari proses metabolisma.

-cara die hadam makanan :kalau die nak minum tak de masalah.hirup melalui mulut saja(absorption of liquid food).kalau nak makan benda-benda keras,die terpaksa telan dan keliling dengan food vacuoles sebelum merembeskan Digestive Enzyme.kalau ada makanan yang tak hancur die terpaksa muntahkan balik melalui Cytopyge.

-nak qodo' hajat:ingat OCDC. O-osmotic pressure
c-Contractile vacuole
D-Diffusion
c-Cytopyge
 
-Secretion die:melaui cyst wall,digestive enzyme,proteolytic enzyme sebagai contoh.

-nak beranak pinak:sex atau asexual.asexual melalui Simple Binary fission,cyst formation dan multiple fission.
sex dengan cara syngamy dan conjugation.syngamy adalah sex lain jantina.betina dan jantan bersenggama.manakala cojugation hanyalah belahan nucleus dari dua organisma.

4)adik beradik protozoa?
terbahagi kepada empat orang(mengikut Phylum).phylum yang pertama ialah SARCOMASTIGOPHORA.En. SAR ni ada dua anak iaitu amoeba dan flagellates.
amoeba ni kita belah dua pulak iaitu parasitic dan free living.

Parasitic amoeba ada TUJUH macam.
1-Entamoeba histolytica
2-Entamoeba coli
3-Entamoeba hartmanni
4-Entamoeba dispar
5-Endolimax nana
6-Iodomoeba butschlii
7-Entaomeaba gingivalis

sekian untuk post kali ni.
selamat maju jaya untuk semua sahabat dan sahabiah sekelian.
bye2.
wassalam

oleh:fattahhamzah
sumber klik sini 
 

One Response so far.

  1. Anonymous says:

    comel je citer ni..thank ya senpai..:)