Berikut adalah maklumat perjalanan serta perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh mahasiswa/wi yang telah mendaftar :
TARIKH : 7 JANUARI 2011 (Jumaat)
MASA BERKUMPUL : 6.30 pagi (sila datang awal)
TEMPAT BERKUMPUL : Hadapan Shuun Tullan (sekitar Friends Cafe)
TEMPAT-TEMPAT YANG AKAN DILAWATI :
- Pyramids
- Pheonic Museum (Tahrir Square)
- Pheonic Village
- City Star (malam, sebelum pulang ke Mansurah)
p/s : harap maaf, tentatif penuh bersama masa secara teperinci tidak dapat dinyatakan.
AKTIVITI SAMPINGAN : mahasiswa/wi digalakkan utk membawa makanan sampingan utk aktiviti POTLUCK
PENTING!!!
SETIAP MAHASISWA/WI WAJIB MENYIAPKAN 2 SALINAN MUKA DEPAN PASSPORT DAN SETIAP SALINAN MUKASURAT VISA YANG BERCETAK.
Satu salinan perlu diserahkan kepada ketua/timb mulai esok (05.01.2011) dan satu lagi salinan hendaklah sentiasa dibawa sepanjang perjalanan. Passport asli adalah tidak dinasihatkan untuk dibawa bersama.
- Makanan tengahari, bayaran untuk masuk ke tempat lawatan dan kemudahan bas adalah termasuk di dalam pakej.
- Semua mahasiswa/wi hendaklah berpakaian sopan dan kemas. Bawa bersama kelengkapan solat masing-masing terutamanya bagi mahasiswa yang akan bersembahyang Jumaat di masjid.
- Sediakan wang tambahan secukupnya mengikut keperluan masing-masing bagi perbelanjaan sampingan seperti cenderamata, penunggangan unta di sekitar pyramids, makan malam dan lain2.
- Bagi mahasiswa/wi yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma,demam dll, sila bawa kelengkapan perubatan masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga.
- Minta kerjasama semua untuk menjaga adab dan pergaulan masing-masing sebagai seorang muslim/muslimah dan sentiasa berperilaku baik seperti seorang rakyat Malaysia sepanjang perjalanan lawatan ini. Berjalanlah di dalam kumpulan yang besar dan pastikan anda prihatin dengan keselamatan diri masing-masing dan rakan-rakan anda di dalam kumpulan masing2.
- Sila tepati setiap masa yang telah ditetapkan terutamanya masa berkumpul di Universiti supaya perjalanan kita berjalan dengan lancar.
- Sebarang masalah atau aduan sepanjang perjalanan, sila hubungi ketua (muhsin 0114721771) atau timbalan (najib 0119948531). (Simpan nombor ni ye)
- Akhir kata, SELAMAT BERCUTI walau hanya untuk sehari. Semoga percutian yang sehari ini dapat menenangkan diri anda dan memberikan anda semangat yang lebih berkobar-kobar untuk terukan perjuangan menghadapi MIDTERM EXAM. Berseronoklah seadanya dan berpada-pada. :)
CHECKLIST barang yang perlu dibawa:
- Salinan muka depan passport dan semua mukasurat visa bercetak
- Kernih (Kad pelajar) (tahun2 / tahun3)
- Potluck masing2
- Duit tambahan mengikut keperluan masing2
- Air secukupnya mengikut keperluan masing2
- Kelengkapan solat
- Kelengkapan perubatan (jika perlu)
- Buku Medik (sambil2 jalan, exam midterm jangan dilupa yeee)
Sebarang masalah/keraguan sila hubungi:
ketua/timbalan
terbaik~
xdpt join..
slmt bjln,kawan2..