ONE DAY TRIP TO GIZA > details


Berikut adalah maklumat perjalanan serta perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh mahasiswa/wi yang telah mendaftar :

TARIKH : 7 JANUARI 2011 (Jumaat)
MASA BERKUMPUL : 6.30 pagi (sila datang awal)
TEMPAT BERKUMPUL : Hadapan Shuun Tullan (sekitar Friends Cafe)
TEMPAT-TEMPAT YANG AKAN DILAWATI :

- Pyramids
- Pheonic Museum (Tahrir Square)
- Pheonic Village
- City Star (malam, sebelum pulang ke Mansurah)

p/s : harap maaf, tentatif penuh bersama masa secara teperinci tidak dapat dinyatakan.

AKTIVITI SAMPINGAN : mahasiswa/wi digalakkan utk membawa makanan sampingan utk aktiviti POTLUCK

PENTING!!!
SETIAP MAHASISWA/WI WAJIB MENYIAPKAN 2 SALINAN MUKA DEPAN PASSPORT DAN SETIAP SALINAN MUKASURAT VISA YANG BERCETAK.

Satu salinan perlu diserahkan kepada ketua/timb mulai esok (05.01.2011) dan satu lagi salinan hendaklah sentiasa dibawa sepanjang perjalanan. Passport asli adalah tidak dinasihatkan untuk dibawa bersama.

- Makanan tengahari, bayaran untuk masuk ke tempat lawatan dan kemudahan bas adalah termasuk di dalam pakej.

- Semua mahasiswa/wi hendaklah berpakaian sopan dan kemas. Bawa bersama kelengkapan solat masing-masing terutamanya bagi mahasiswa yang akan bersembahyang Jumaat di masjid.

- Sediakan wang tambahan secukupnya mengikut keperluan masing-masing bagi perbelanjaan sampingan seperti cenderamata, penunggangan unta di sekitar pyramids, makan malam dan lain2.

- Bagi mahasiswa/wi yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma,demam dll, sila bawa kelengkapan perubatan masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga.

- Minta kerjasama semua untuk menjaga adab dan pergaulan masing-masing sebagai seorang muslim/muslimah dan sentiasa berperilaku baik seperti seorang rakyat Malaysia sepanjang perjalanan lawatan ini. Berjalanlah di dalam kumpulan yang besar dan pastikan anda prihatin dengan keselamatan diri masing-masing dan rakan-rakan anda di dalam kumpulan masing2. 

- Sila tepati setiap masa yang telah ditetapkan terutamanya masa berkumpul di Universiti supaya perjalanan kita berjalan dengan lancar.

- Sebarang masalah atau aduan sepanjang perjalanan, sila hubungi ketua (muhsin 0114721771) atau timbalan (najib 0119948531). (Simpan nombor ni ye)

- Akhir kata, SELAMAT BERCUTI walau hanya untuk sehari. Semoga percutian yang sehari ini dapat menenangkan diri anda dan memberikan anda semangat yang lebih berkobar-kobar untuk terukan perjuangan menghadapi MIDTERM EXAM. Berseronoklah seadanya dan berpada-pada. :)

CHECKLIST barang yang perlu dibawa:

- Salinan muka depan passport dan semua mukasurat visa bercetak
- Kernih (Kad pelajar) (tahun2 / tahun3)
- Potluck masing2
- Duit tambahan mengikut keperluan masing2
- Air secukupnya mengikut keperluan masing2
- Kelengkapan solat
- Kelengkapan perubatan (jika perlu)
- Buku Medik (sambil2 jalan, exam midterm jangan dilupa yeee)


Sebarang masalah/keraguan sila hubungi:
ketua/timbalan

One Response so far.

  1. esteqqama says:

    terbaik~
    xdpt join..
    slmt bjln,kawan2..